Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura dan Vietnam usaha ke arah penubuhan grid tenaga Asean

Oct 20, 2022 | 03:23 PM



SINGAPURA dan Vietnam akan mengusahakan kerjasama untuk membangunkan grid tenaga yang boleh diperbaharui di rantau Asean yang bakal memperkukuh kedudukannya di mata dunia serta perpaduan rantau tersebut.

Pada masa yang sama, kededua negara itu juga komited untuk menubuhkan kerjasama ekonomi hijau dan digital untuk jangka masa panjang, dalam melakar langkah seterusnya bagi kerjasama dua hala Singapura dan Vietnam.

Mendedahkan demikian semasa bertemu wartawan di akhir lawatan negara lima harinya ke Vietnam pada Khamis (20 Oktober), Presiden Halimah Yacob berkata Vietnam boleh memaksimakan potensinya dalam usaha membangunkan grid tenaga tersebut.

“Vietnam mempunyai potensi yang tinggi kerana mereka mempunyai kawasan pantai yang berukuran lebih 3,000 kilometer dan ini merupakan sumber tenaga solar dan angin yang boleh dimanfaatkan, bukan sahaja untuk Vietnam dan Singapura, tetapi untuk manfaat serantau,” katanya kepada pihak media dari Singapura di Hotel Park Hyatt Saigon yang terletak di Ho Chi Minh tadi. 

Namun, pelaburan terhadap tenaga yang boleh diperbaharui serta pembangunan infrastruktur yang diperlukan memerlukan masa yang lama dan lebih banyak kajian dan penyelidikan perlu dijalankan untuk memastikan ia mampu dilaksanakan.

Beliau berkata demikian semasa ditanya sama ada terdapat tempoh tertentu yang telah ditetapkan bagi pelaksanaan grid tersebut.

Grid tenaga seperti itu dapat mempertingkat perdagangan elektrik rentas sempadan dan membolehkan negara di menyahkarbon dan memenuhi keperluan tenaga domestik.

Ia juga akan membantu Singapura dan Vietnam mencapai matlamat mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050 yang telah ditetapkan sebelum ini, kata Presiden Halimah.

“Ini kerana kita bakal mempunyai lebih banyak tenaga yang boleh diperbaharui, dan ini bukan sahaja bagi keperluan kita tetapi jika ada kelebihan ia akan (diedarkan) kepada rantau Asean, dan ini membantu dalam usaha mengukuhkan perpaduan serta kedudukan Asean,” ujarnya, sambil menambah dalam melaksanakan projek seperti ini negara yang terlibat perlu bersedia untuk mengambil tindakan lanjut dalam penguatkuasaannya.



Puan Halimah telah mengakhiri lawatan negara selama lima hari ke Vietnam dan berangkat pulang ke Singapura hari ini. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >