Subuh
5:52
Syuruk
7:09
Zuhur
1:13
Asar
4:13
Maghrib
7:15
Isyak
8:24

S'pura diberi tempat tambahan untuk haji 2022

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

S'pura diberi tempat tambahan untuk haji 2022

Jun 20, 2022 | 04:34 PM

SINGAPURA telah diperuntukkan tempat tambahan untuk haji tahun ini, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam satu kenyataan pada Isnin (20 Jun).

Muis, yang berkata ia baru sahaja diberitahu tentang penambahan itu, akan memperuntukkan tempat-tempat tersebut kepada bakal jemaah yang telah mendaftar untuk haji dalam Sistem Pendaftaran Awal Haji Muis.

"Semua tempat perlu disahkan dalam beberapa hari akan datang. Muis akan menghubungi bakal jemaah yang layak, untuk menawarkan tempat dan meneruskan tindakan yang diperlukan," kata Muis.

Ia menambah yang ia juga sedang bekerjasama dengan ejen penjualan pakej haji (GSA) yang dilantik dan pihak berkuasa Saudi untuk semua pengaturan bagi menampung peningkatan delegasi haji ini.

Sebelum penambahan tempat ini, sebanyak 407 tempat diperuntukkan bagi jemaah Singapura untuk menunaikan haji tahun ini, iaitu kira-kira 45 peratus daripada kuota rasmi negara sebanyak 900 jemaah sebelum ini.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3