Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura dipilih semula sebagai majlis badan global keselamatan pelayaran maritim

Jun 04, 2023 | 02:25 PM



SINGAPURA dilantik sekali lagi untuk menyertai Majlis Persatuan Bantuan Laut Antarabangsa kepada Pihak Berkuasa Navigasi dan Rumah Api (IALA) bagi tempoh empat tahun bermula 2023 hingga 2027.

Pelantikan itu berlaku di Perhimpunan Agung IALA ke-14 di Rio de Janeiro, Brazil, pada 3 Jun lalu.

Singapura kali pertama dipilih menganggotai Majlis IALA seramai 24 anggota itu pada 2018 pada Perhimpunan Agung IALA ke-13 di Incheon, Republik Korea.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 4 Jun, Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata ia telah memperbaharui memorandum persefahaman (MOU) dengan IALA bagi tempoh bermula 2024 hingga 2027 untuk menyokong latihan dan pembinaan kebolehan anggota IALA lain.

MOU tersebut akan menyokong Akademi Seluruh Dunia IALA dalam membantu negara-negara berhampiran pantai melaksanakan piawaian IALA dengan berkesan dan memenuhi kewajipan Konvensyen SOLAS1 (Bab V) mereka terhadap bantuan marin untuk navigasi.

MPA telah mengendalikan bengkel dan kursus teknikal bagi anggota IALA dalam bidang seperti pengurusan risiko, perkhidmatan trafik kapal (VTS) dan e-navigasi sejak 2018.

Mengulas pelantikan sekali lagi negara ini dalam majlis IALA itu, Penolong Ketua Eksekutif (Operasi) MPA dan Ahli Majlis IALA Singapura, Kapten M Segar, berkata:

“Sebagai pelabuhan hab pemindahan ke kapal utama dan negara maritim yang terletak di sepanjang salah satu laluan air tersibuk di dunia bagi perkapalan antarabangsa, Singapura mengiktiraf kepentingan usaha IALA untuk mewujudkan piawaian teknikal umum untuk VTS dan e-navigasi dalam mempromosikan perkapalan yang selamat dan cekap.”

Singapura merupakan anggota IALA sejak 1973 dan akan menjadi tuan rumah bagi Simposium VTS ke-15 pada 2025.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >