Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura harus gigih bantu mereka yang ketinggalan: PM Lee

Namun pemerintah tidak harus dijadikan satu-satunya huraian bagi semua masalah
Nov 09, 2023 | 03:16 PM



Sedang ekonomi terus berkembang, Singapura perlu gigih membantu mereka yang ketinggalan, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Rabu.

Menurut beliau, Singapura kini berada dalam fasa semua orang perlu melakukan lebih secara bersama, membantu satu sama lain, dan pemerintah juga harus sentiasa menyokong rakyat.

Namun, pada masa sama, Singapura mesti berusaha gigih untuk tidak menjadikan pemerintah sebagai satu-satunya penyelesaian bagi semua masalah.

Mengenai usaha membantu mereka yang ketinggalan, Encik Lee berkata walaupun sebelum ini golongan tersebut dibantu melalui pelbagai insentif daripada pemerintah, skop bantuannya kini diperluas, sedang masyarakat terus mengejar kejayaan.

Ada pula yang mengalami gangguan apabila dunia berubah, dan kedudukan mereka boleh merosot daripada golongan pendahulu kepada golongan terkebelakang.

“Adakah anda akan kata, begitulah lumrah dunia? Atau adakah sesuatu yang boleh saya lakukan untuk membantu mereka bersaing sekali lagi, dan menyumbang semula,” ujar Encik Lee, lapor The Straits Times.


Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ketua Editor Bloomberg News, Encik John Micklethwait, mengenai apakah pemerintah Singapura kini beralih ke politik sayap kiri dengan pelbagai pakej bantuan yang diumumkan.


Encik Micklethwait menjadi moderator dalam dialog selama 45 minit itu, yang diadakan semasa majlis jamuan malam gala Forum Ekonomi Baru Bloomberg keenam, yang berlangsung dari Rabu hingga Jumaat.


Selain isu dalam negara, Encik Lee turut ditanya mengenai perang Israel-Hamas, perang Russia-Ukraine dan ketegangan antara Amerika Syarikat dan China.

Mengenai keadaan di Timur Tengah, Encik Lee mengulangi bahawa penyelesaian dua negara dengan Israel dan Palestin hidup bersebelahan adalah satu-satunya huraian jangka panjang bagi konflik itu.

Beralih kepada Singapura pula, beliau menjelaskan bahawa pemerintah akan terus mengekalkan sistem perbelanjaan berhemat.

Pemerintah berbelanja kurang daripada 20 peratus Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) Singapura, iaitu pada peratusan GDP yang agak sama dengan yang dibelanjakan beberapa negara Eropah bagi skim pencen negara, kata beliau.

Tekanan daripada penduduk yang semakin tua dan kos penjagaan kesihatan dan keperluan sosial sedang meningkat secara beransur-ansur, dan cabarannya ialah dalam membiayai perbelanjaan ini, kata Encik Lee.

“Bagaimana kita membenarkan perkara itu berlaku apabila perlu, tanpa (ia) membesar di luar kawalan? Dan ini bermakna bermakna dari masa ke masa (kita perlu) menyebut perkataan yang terlarang – cukai,” ujarnya.

Encik Lee memberi contoh kenaikan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada 9 peratus mulai 1 Januari 2024.

Pada masa sama, pemerintah telah memberi subsidi “murah hati” kepada dua pertiga penduduk dalam kumpulan (pendapatan) lebih rendah.

Ditanya mengenai kes pengubahan wang haram di sini dengan nilai berbilion dolar dan siasatan kes rasuah terhadap salah seorang menterinya, Encik Lee berkata:

“Kami hanya mahu mengekalkan standard tinggi. Apabila standard ini merosot, kami perlu menanganinya,” kata beliau.

Mengenai apakah beliau akan menjadi menteri kanan seperti mendiang Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew, PM Lee berkata adalah sukar untuk menjaga tanpa terlalu mengawal.

Beliau berkata terpulang pada penggantinya, Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, untuk menentukan mengenai khidmatnya.

“Saya sudah kata, apa sahaja yang beliau mahu saya lakukan, saya akan lakukan untuk membantunya berjaya,” kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >