Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura, HK saling raih manfaat pertumbuhan bersama

Mar 30, 2023 | 05:30 AM



KEDUA-DUA Singapura dan Hong Kong mendapat manfaat daripada pertumbuhan satu sama lain dan membawa kerancakan ke rantau ini.



Cadangan bahawa Singapura telah mengatasi dan menggantikan Hong Kong memberi terlalu banyak penekanan terhadap faktor-faktor jangka pendek.



Demikian kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam dalam ucapannya di Persidangan South China Morning Post (SCMP) China: Asia Tenggara pada 29 Mac.



Beliau berkongsi pandangannya bahawa isu perbandingan Singapura dengan Hong Kong telah "agak digembar-gemburkan" di media, dengan naratif yang mengatakan bahawa jika satu negara meraih keuntungan, yang lagi satu akan kerugian.



"Kebenarannya ialah, saya fikir, agak berbeza dan tidak begitu dramatik, kerana masing-masing mempunyai kekuatan...dan kedua-dua boleh mencapai kebaikan," katanya.



"Apa yang telah dibina Hong Kong dan Singapura - kedua-duanya boleh, dan saya fikir akan, mencapai kebaikan.



"Ia bukan suatu pertandingan zero sum game," ujar Encik Shanmugam.



Malah, ekonomi kedua-dua negara saling berkait rapat - Hong Kong merupakan rakan dagang kelima terbesar Singapura, manakala Singapura merupakan rakan dagang keempat terbesar Hong Kong.



Dalam ucapannya, Encik Shanmugam berkata bahawa kaitan utuh dan integrasi kewangan yang rapat dengan China telah membantu Hong Kong menjadi antara pasaran ekuiti terbesar di Asia.



"Ia merupakan pusat yuan luar pesisir terbesar, hab pengurusan aset dan kekayaan terkemuka Asia.



"Dan ia mempunyai banyak inisiatif, membawa modal dan kekayaan dari tanah besar.



"GDP (Hasil Dalam Negeri Kasar) Greater Bay Area kini sekitar AS$2 trilion ($2.7 trilion) dan sudah pasti akan berkembang, dan Hong Kong berada di tengah-tengah wilayah ekonomi yang rancak itu.



"Beijing mahu Hong Kong berjaya, dan itu sangat penting," kata Encik Shanmugam, yang menambah bahawa banyak faktor yang diperlukan bagi Hong Kong terus berjaya sudah pun ada sekarang.



Sementara itu, menyentuh tentang Singapura, beliau berkata negara ini merupakan hab utama perdagangan, kewangan, penerbangan, khidmat profesional dan penghantaran di Asia Tenggara.



Singapura juga merupakan antara pusat FinTech terunggul di peringkat global, selain membangunkan sistem eko kewangan mampan untuk membantu menyalurkan kewangan hijau dan modal hijau, ke seluruh rantau ini.



"Di Asia, Singapura merupakan tempat yang baik untuk melabur," ujarnya.



Beliau menambah:



"Dan kami berada pada kedudukan yang sangat kukuh untuk terus menjadi menarik kerana warga dan pelabur tahu bahawa pemerintah mempunyai mandat untuk menjadi mesra pelabur."



Asalkan dua syarat dipenuhi iaitu yang pertama, Asia - atau sekurang-kurangnya bahagian pentingnya tumbuh; dan kedua, Singapura kekal waras mengenai dasar pekerjaan, cukai dan perniagaannya, Singapura akan mencapai kebaikan, tambah Encik Shanmugam.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >