SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Istana silam S'pura

Premium

Istana silam S'pura

Pengkaji khazanah warisan Sarafian Salleh temui 20 bangunan istana lama yang pernah dimiliki kerabat diraja Melayu
Mar 16, 2020 | 5:30 AM

Istana silam S'pura

Istana, dalam budaya dan pemikiran orang Melayu dulu, merupakan lambang kekuasaan seorang raja. Selain menjadi kediaman raja, istana juga berfungsi sebagai tempat masyarakat berkumpul dan kedutaan bagi pertemuan orang penting. Singapura sebenarnya pernah mempunyai lebih 20 istana yang dimiliki dan dibina raja-raja Melayu. BERITA HARIAN menemu bual pengkaji warisan Sarafian Salleh yang berjaya menjejak dan memetakan istana-istana tersebut, sekali gus menambah halaman dalam cerita Singapura. Laporan pertama diterbitkan hari ini dan laporan kedua pada Isnin depan.

JIKA ditanya mengenai istana, ramai warga Singapura pasti terbayang Istana yang menjadi kediaman rasmi dan pejabat presiden negara ini dan mungkin juga teringatkan Istana Kampong Glam, kediaman kerabat diraja Singapura dulu yang kini dibangunkan semula sebagai Taman Warisan Melayu.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg