Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura jalin kerjasama dengan Google, Microsoft perkukuh benteng siber nasional

Oct 17, 2023 | 07:38 PM



Bagi memperkukuh usaha pertahanan siber Singapura, Agensi Keselamatan Siber (CSA) akan bekerjasama dengan Microsoft dan Google.

Dalam ucaptamanya semasa merasmikan acara Minggu Siber Antarabangsa Singapura di Ekspo dan Pusat Konvensyen Marina Bay Sands pada Selasa, Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, mengumumkan bahawa CSA sedang menandatangani persetujuan berasingan dengan dua syarikat teknologi tersebut.

Menurut CSA, memorandum persefahaman itu akan mempermudah perkongsian maklumat mengenai ancaman siber; operasi bersama bagi membanteras jenayah siber dan aktiviti siber yang berniat jahat; pertukaran berkaitan teknologi baru dan kritikal, seperti kecerdasan buatan (AI); serta usaha membangun keupayaan.

Pihak berkepentingan negara dan industri berkongsi tanggungjawab bersama membangunkan ruang siber stabil dan selamat dan kerjasama ini memperkukuh komitmen Singapura untuk terus bekerjasama rapat dengan pihak-pihak berkepentingan, kata agensi tersebut.

CSA turut menambah bahawa ia mengalu-alukan lebih banyak kerjasama dengan pemain industri utama lain.

Encik Heng berkata syarikat Big Tech perlu membina ruang digital yang selamat, dipercayai dan inklusif supaya mereka dapat memaksimumkan jangkauan serta kesan mereka.

“Dengan mewujudkan kerjasama dengan sektor awam, kedua-dua pihak dapat merealisasikan sinergi dan mencapai hasil yang lebih baik. Kita perlu menggalakkan lebih banyak kerjasama awam-swasta seperti ini, untuk membangunkan huraian yang dapat memanfaatkan kedua-dua pihak yang memperluas manfaat awam,” tambahnya.

Naib presiden ehwal pemerintah dan dasar awam bagi Asia-Pasifik Google, Cik Michaela Browning, berkata syarikat itu berbangga dapat memperkukuh komitmennya untuk membentuk daya tahan siber lebih baik di Singapura.

“AI generatif akan menimbulkan risiko keselamatan, termasuk tersebarnya maklumat palsu dan ancaman siber, namun ia juga akan menjadi asas generasi baru pertahanan siber melalui operasi keselamatan lanjut dan maklumat barisan hadapan, jika kita berani dan bertanggungjawab atas pembangunan dan peraturannya,” kata Cik Browning.

Pengarah pengurusan Microsoft Singapore, Encik Lee Hui Li, berkata: “Kerjasama antarabangsa seperti ini akan mempertingkat kepercayaan pelanggan kita dalam ruang digital sedang kita memanfaatkan keupayaan bersama dan berinovasi dengan AI untuk menentang ancaman siber yang mendatang.”

Singapura juga akan melancarkan program latihan baru untuk memenuhi permintaan global bagi latihan siber dengan lebih baik.

Program Kepimpinan dan Alumni Siber SG dibuka kepada semua negara, menawarkan kursus di peringkat asas, lanjutan dan tahap eksekutif, kata Encik Heng, sambil menambah ia akan memulakan kursusnya pada Mac 2024.

“Peserta boleh menantikan peluang membina rangkaian yang lebih luas serta pertukaran perspektif yang lebih baik dengan peserta seluruh dunia mengenai isu-isu siber terkini,” katanya.

Bagi menyokong program baru itu, komitmen pendanaan awal Singapura sebanyak $30 juta bagi membina keupayaan siber akan dilanjutkan selama tiga tahun lagi, dari 2024 hingga 2026.

Dalam ucapannya, Encik Heng turut menggariskan beberapa cara bagi membolehkan Singapura membentuk dunia digital akan datang.

Ini termasuk menjalin kerjasama rentas sempadan dan sektor dan membangunkan rangka kerja yang sesuai serta memperkukuhkannya dengan peraturan yang dikongsi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >