Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAWATAN PERDANA MENTERI LEE HSIEN LOONG KE JEPUN

S'pura, Jepun ikrar pelihara keamanan serantau

May 28, 2022 | 05:30 AM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Jepun, Encik Fumio Kishida, berikrar untuk bekerjasama bagi memelihara kestabilan dan keamanan serantau semasa pertemuan mereka kelmarin.



Encik Lee, yang melawat Jepun, menarik perhatian bahawa hubungan Singapura dengan Jepun merupakan antara hubungan dua negara paling penting di Asia.



"Ketika keseimbangan strategik di Asia kian berubah dan terdapat pelbagai masalah di dunia, khususnya di Ukraine baru-baru ini, adalah lebih penting bagi kita bekerjasama dengan satu sama lain secara dua hala serta di peringkat serantau dan antarabangsa," ujarnya.



Encik Kishida berkata Singapura merupakan rakan kerja utama Jepun dan mereka ingin memelihara dan memperkukuh aturan antarabangsa yang bebas dan terbuka berdasarkan peraturan undang-undang.



"Sementara kami tegas menentang sebarang tindakan yang mengancam prinsip yang kita kongsi bersama, saya mengalu-alukan usaha bekerjasama dengan Singapura untuk memastikan Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka," ujarnya.



Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura, Encik Lee telah memberitahu Encik Kishida tentang keputusan negara itu menyertai Ekspo Dunia, yang akan berlangsung di Osaka pada 2025.



Encik Lee melawat Jepun selama empat hari dari 24 hingga 27 Mei.



Sebelum ini, beliau juga bercakap di persidangan Masa Depan Asia dan menghadiri jamuan tengah hari bersama wakil perniagaan Jepun.



Semasa pertemuan mereka kelmarin, Encik Lee dan Encik Kishida juga mengumumkan inisiatif Dialog Ekonomi Jepun-Singapura yang akan dipengerusikan di peringkat naib menteri atau setiausaha tetap untuk mempertingkat hubungan ekonomi dua hala.



Jepun merupakan rakan kerja perdagangan kelapan terbesar Singapura tahun lalu.



Kedua-dua negara juga merupakan pelabur Asia utama satu sama lain hingga hujung 2020.



Encik Lee dan Encik Kishida turut menyaksikan pertukaran dua perjanjian.



Perjanjian pertama berhubung transformasi pemerintah digital antara Agensi Teknologi Pemerintah (GovTech) Singapura dengan Agensi Digital Jepun akan memberi tumpuan pada pertukaran pengetahuan dalam bidang seperti identiti digital, kecerdasan buatan (AI) dan 'cloud'.



Sejajar dengan portfolio mereka, Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Dr Janil Puthucheary, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi GovTech, dan Menteri Digital Jepun, Dr Karen Makishima, menggunakan tablet dan bukan folder dokumen yang biasanya digunakan.



Perjanjian kedua pula antara Enterprise Singapore (ESG) dengan Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Jetro) akan memastikan akses lebih baik bagi syarikat pemula dalam bidang transformasi digital dan hijau.



Ketua pegawai eksekutif ESG, Encik Png Cheong Boon, berkata perjanjian itu dapat menghubungkan ekosistem syarikat pemula dan inovasi masing-masing dengan lebih baik, sementara memperluas kerjasama antara syarikat pemula dengan perusahaan besar.



"Dengan melakukan demikian, perusahaan kita dapat merebut peluang baru dalam ekonomi digital dan hijau serta bersaing di peringkat global," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >