Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura kirim takziah kepada Jerman di atas bencana banjir yang mengorbankan nyawa

Jul 17, 2021 | 06:59 PM



MENTERI Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, menyampaikan ucap takziah kepada Menteri Persekutuan Jerman bagi Ehwal Luar, Encik Heiko Maas, di atas banjir besar yang melanda beberapa bahagian kawasan barat Jerman yang menyebabkan kehilangan nyawa dan kerosakan.



Dalam suratnya kepada Encik Maas pada Sabtu (17 Julai), Dr Balakrishnan berkata, beliau bersedih dengan terjadinya banjir tersebut.



"Saya menyampaikan sedalam-dalamnya takziah kepada keluarga mangsa serta semua warga Jerman yang kehidupannya terjejas. Ingatan kami pada masyarakat Jerman dalam tempoh sukar ini.



"Saya yakin Jerman akan dapat mengatasi cabaran ini dengan kekuatan dan ketabahan," kata Dr Balakrishnan.



Lebih 130 orang terkorban dalam banjir ini dengan ratusan yang lain masih hilang dalam bencana alam paling teruk yang pernah melanda Jerman dalam tempoh setengah abad ini.



Komunikasi terputus di banyak tempat dan masyarakat Jerman pula terbiar dalam kemusnahan apabila sungai yang sarat air merosakkan kota dan desa di negeri bahagian barat North Rhine-Westphalia dan Rhineland-Palatinade, serta sebahagian daerah Belgium dan Belanda.



Kementerian Ehwal Luar (MFA) di Singapura berkata pegawai misi luar negaranya di Berlin, Brussels dan Geneva, berhubung rapat dengan pihak berkuasa Jerman bagi memastikan jika ada warga Singapura yang terjejas dengan banjir itu.



Sejauh ini, tiada laporan mengenai warga Singapura yang meninggal dalam kejadian itu.



MFA menambah warga Singapura di tempat yang terjejas dinasihatkan agar memantau berita setempat dan mematuhi arahan pihak berkuasa Jerman.



Warga Singapura juga dinasihati agar terus menghububgi keluarga dan teman mereka serta mendaftar secara elektronik dengan MFA.



Mereka yang perlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Singapura di Berlin pada talian +49-(30) 2263-430 or +49-152-2341-2182 atau kedutaan di Brussels pada talian +32-2-660-2979 atau +32-475-618-265.



Mereka juga boleh hubungi Misi Tetap Singapura ke Geneva di talian +41-(22) 795-0101 atau +41-(0)79-600 9833.



Sebagai tambahan, mereka juga boleh hubungi Pejabat Bertugas MFA (24 jam) di talian +65 6379 8800/8855.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >