Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura, Korea Selatan tandatangan MOU tingkat kerjasama pertahanan, penerbitan media

Jun 11, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA dan Korea Selatan menandatangani dua Memorandum Persefahaman (MOU) untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang pertahanan dan penerbitan media.



Acara kerjasama itu dilakukan bersempena lawatan rasmi Menteri Pertahanan Korea Selatan, Encik Lee Jong-Sup, ke negara ini di samping untuk menghadiri Dialog Shangri-La (SLD) ke-19.



Encik Lee turut menemui Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, di Hotel Shangri-La semalam.



"Semasa pertemuan itu, kedua-dua menteri mengesahkan semula hubungan pertahanan dua hala yang baik dan meningkat antara Singapura dengan Korea Selatan.



"Mereka bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan keselamatan serantau dan membincangkan cara meningkatkan kerjasama dua hala dan pelbagai hala seperti dalam pertahanan kimia, biologi, radiologi, nuklear dan bahan letupan (CBRNE) selain Mesyuarat Menteri Pertahanan Asean (ADMM)-Plus," ujar kenyataan Kementerian Pertahanan (Mindef) semalam.



Hubungan baik itu digariskan oleh pemeteraian MOU yang Dipertingkatkan mengenai kerjasama pertahanan.



Kali pertama ditandatangani pada Disember 2009, MOU itu berfungsi untuk merasmikan kerjasama pertahanan sedia ada dan menyediakan rangka kerja bagi meluaskan kerjasama pertahanan.



MOU yang dipertingkatkan itu pula akan meningkatkan kerjasama antara pertubuhan pertahanan dua negara untuk menginstitusikan dialog pertahanan dan kerjasama dalam keselamatan maritim, CBRNE, keselamatan siber, pembangunan muzium tentera dan rangka kerja pelbagai hala seperti ADMM-Plus, menurut Mindef.



Selain itu, dua menteri itu turut menyaksikan majlis menandatangani MOU antara So Drama! Hiburan (SDE) - sebuah pertubuhan yang berkaitan dengan Mindef - dengan Agensi Media Pertahanan Korea Selatan mengenai pertukaran dan kerjasama dalam bidang Pengeluaran dan Teknologi Media.



MOU itu, yang ditandatangani Timbalan Setiausaha (Dasar) Mindef, Encik Teo Eng Dih; dan Ketua Agensi Media Pertahanan Korea Selatan, Encik Park Chang-Shik, akan meningkatkan kerjasama antara agensi media pertahanan dua negara itu dalam pengeluaran kandungan pertahanan, teknologi media dan kerjasama industri.



Selain itu, Encik Lee juga dijadual bercakap pada sesi pleno SLD bertajuk "Cabaran Bersama buat Pertahanan Asia-Pasifik dan Eropah" esok.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >