Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura lancar pelan tingkat kerja, hidup golongan kurang upaya

Apr 15, 2021 | 05:30 AM



PEMERINTAH bakal membangun pusat sehenti yang bertujuan memberi sokongan pekerjaan kepada golongan kurang upaya di sini.



Apabila beroperasi pada 2023 nanti, pusat sehenti yang dinamakan Enabling Business Hubs (EBH) atau Hab Pekerjaan Golongan Kurang Upaya itu akan dilengkapkan dengan kemudahan dan khidmat khas bagi golongan kurang upaya, termasuk sokongan jurulatih kerja.



Ia juga akan menawarkan pekerjaan dan latihan semasa bekerja kepada golongan tersebut.



Pusat sehenti itu adalah antara beberapa inisiatif yang diumumkan oleh Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad semalam.



Selain itu, Encik Masagos juga mengumumkan penubuhan dua kumpulan perkongsian masyarakat antara lain untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi kumpulan kurang upaya di Kawasan Pusat Bandar (CBD) dan bandar Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).



Kededua projek itu mewakili sebahagian daripada 21 usulan yang diketengahkan dua kumpulan kerja di bawah Pelan Induk bagi menyokong pekerjaan golongan kurang upaya ketiga (EMP3), iaitu Kumpulan Kerja bagi Menyokong Pekerjaan Golongan Kurang Upaya dan Kumpulan Kerja bagi Menggalak Golongan Kurang Upaya Hidup Berdikari yang dilancarkan pada 2019.



Bercakap kepada media, Encik Masagos berkata daya usaha tersebut bertujuan untuk mengatasi jurang dalam bidang seperti pekerjaan dan juga kehidupan bebas di Singapura.



Meskipun terdapat beberapa skim yang wujud untuk membantu golongan sebegitu di Singapura, Encik Masagos mengatakan bahawa masih banyak lagi yang dapat dilakukan untuk menyokong kumpulan itu.



"Kami gembira kerana sejak beberapa tahun yang lalu, kami telah berjaya menjalankan pelbagai usaha untuk mewujudkan masyarakat yang inklusif di Singapura serta memperkasakan mereka yang kurang upaya," katanya.



"Kami berharap lebih ramai dapat diambil untuk bekerja di tenaga kerja biasa dengan memberi sokongan dan latihan yang mereka perlukan," ujar Encik Masagos, semasa lawatannya ke Enabling Village pagi semalam.



"Kita perlu tahu bagaimana untuk menyesuaikan persekitaran bekerja serta menyokong kakitangan yang perlukan untuk mengambil pekerja-pekerja ini, tetapi kami telah melihat kejayaan yang baik," kata beliau lagi.



EBH yang diketengahkan oleh Kumpulan Kerja bagi menyokong pekerjaan golongan kurang upaya akan menjadi hab di mana majikan inklusif akan menawarkan latihan pekerjaan dan di tempat kerja kepada orang kurang upaya.



Hab itu akan dilengkapi dengan kemudahan dan perkhidmatan yang disesuaikan, termasuk sokongan jurulatih pekerjaan di lokasi.



Percubaan EBH dijangka beroperasi mulai tahun 2023.



Turut menyertai lawatan itu semalam ialah Encik Eric Chua, Setiausaha Parlimen Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dan MSF serta pengurus bersama kedua-dua EMP3, Presiden Pusat Sumber Autisme, Cik Denise Phua dan Ahli Panel Penasihat Persatuan bagi Orang Kurang Upaya (SPD), Cik Chia Yong Yong.



Insiatif kedua untuk mengenal pasti dan mengatasi jurang dalam lingkungan binaan melalui dua kumpulan perkongsian masya-rakat yang baru akan diterajui oleh Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) dan HDB.



Pengurus bersama kumpulan kerja bagi menggalakkan golongan kurang upaya hidup berdikari, Cik Chia berkata adalah penting untuk memperkasa individu-individu kurang upaya.



"Apa yang kita ingin adalah untuk membolehkan individu itu melakukan apa saja tanpa banyak bantuan daripada orang lain.



"Orang urang upaya mempunyai pelbagai cabaran mereka sendiri dan semuanya berlainan.



"Jadi kita perlu cuba untuk mengisi jurang-jurang ini dengan melalui sistem berlainan yang kita ada, supaya bukan sahaja mereka yang kurang upaya dapat menfaat daripadanya malah orang biasa juga," ujarnya.



Selain daripada cadangan oleh kumpulan kerja itu, MSF juga berkata dalam satu kenyataan bahawa mereka akan mengumumkan lebih banyak sokongan.



Ini termasuk keluarga bersama orang kurang upaya yang memerlukan sokongan yang lebih seperti perkhidmatan penjagaan dan kanak-kanak dengan keperluan pembangunan.




"Kami gembira kerana sejak beberapa tahun yang lalu, kami telah berjaya menjalankan pelbagai usaha untuk mewujudkan masyarakat yang inklusif di Singapura serta memperkasakan mereka yang kurang upaya...

Kami berharap lebih ramai dapat diambil untuk bekerja di tenaga kerja biasa dengan memberi sokongan dan latihan yang mereka perlukan."

- Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad semasa lawatannya ke Enabling Village pagi semalam.




INISIATIF BARU BAGI MENYOKONG ORANG KURANG UPAYA



1) Hab pekerjaan golongan kurang upaya (EBH)



  • Mempermudah akses kepada latihan dan pekerjaan

  • Dibina di kawasan perumahan di mana golongan kurang upaya tinggal

  • Projek rintis dijangka beroperasi mulai 2023, disusuli pembinaan hab-hab lain

2) Memperbaiki akses di persekitaran yang telah terbina dan pengangkutan



  • Dua kumpulan perkongsian masyarakat akan ditubuhkan

  • Kenal pasti cabaran yang dilalui golongan kurang upaya di Kawasan Pusat Bandar (CBD) dan bandar Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >