Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

S’pura lancar strategi kesihatan mental dan kesejahteraan nasional

Oct 05, 2023 | 07:47 PM



Singapura menyasarkan matlamat meningkatkan dan menambah baik perkhidmatan bagi isu kesihatan mental melalui inisiatif holistik di bawah Strategi Kesihatan Mental dan Kesejahteraan Kebangsaan yang baru.

Setiap lapisan masyarakat dapat meraih manfaat daripada inisiatif ini kerana ia menangani kebimbangan kesihatan mental secara proaktif. Inisiatif ini termasuk mengembangkan kapasiti perkhidmatan kesihatan mental, pengesanan awal dan usaha intervensi, meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mental dan meningkatkan sokongan kesihatan mental di tempat kerja.

Strategi itu dilancarkan oleh Pasukan Petugas Antara Agensi Kesihatan Mental dan Kesejahteraan pada Khamis oleh Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Dr Janil Puthucheary, 

Ia akan dilengkapi dengan Model Penjagaan Berperingkat dan Panduan Amalan untuk menyalurkan perkhidmatan kesihatan mental dengan lebih baik berdasarkan tahap keperluan kesihatan mental individu.

Model Penjagaan Berperingkat terdiri daripada empat peringkat, merangkumi promosi kesihatan mental berasaskan komuniti, bantuan diri dan sokongan rakan sebaya di Tahap Satu, hingga tahap penjagaan tertinggi yang disediakan di hospital dan klinik khusus di Tahap Empat.

Usaha ini juga dikendali oleh Kementerian Kesihatan (MOH) dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), dan terdiri daripada agensi sektor awam termasuk Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), Kementerian Pendidikan (MOE) dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM), serta agensi swasta dan sektor rakyat.

Dalam persidangan yang diadakan di Kementerian Kesihatan (MOH) itu, kementerian tersebut memberikan kenyataannya tentang usaha dalam memastikan kapasiti penjagaan mencukupi untuk membolehkan individu yang mempunyai kesihatan mental mendapatkan bantuan dengan lebih mudah.

Dalam pada itu, MOH akan membangunkan titik sentuh hentian pertama yang membolehkan individu mengambil langkah pencegahan dengan pengesahan di peringkat awal. Keupayaan penyedia perkhidmatan juga ditingkatkan agar usaha intervensi dapat dijalankan sebagai pengesahan awal.

MOH berkata: “Untuk menyampaikan perkhidmatan kesihatan mental yang baik, kami memerlukan lebih banyak penyedia perkhidmatan terlatih dari pelbagai sektor...

“Di samping itu, kakitangan barisan depan akan dilengkapi dengan kemahiran memberikan pertolongan cemas psikologi jika perlu. Kami menyasarkan untuk melatih kira-kira 10,000 lagi kakitangan barisan depan dalam tempoh dua tahun akan datang, dan meningkatkan kemahiran 1,500 profesional perkhidmatan sosial barisan hadapan.”

MOH juga menyatakan fokus dalam mewujudkan kesedaran tentang kesejahteraan mental dan menggalakkan orang ramai mendapatkan bantuan di peringkat awal.

Ini termasuk bekerjasama dengan MOE dalam menjadikan topik perbualan sekitar kesihatan mental dan kesejahteraan lebih kerap dibahas, meningkatkan celik kesihatan mental dan mengurangkan stigma terhadap individu yang mempunyai masalah kesihatan mental.

Kesihatan mental di tempat kerja juga akan diutamakan melalui pendekatan pelbagai serampang oleh semua sektor - MOM, Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS), Majlis Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSH) dan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB).

“Kami ingin membangunkan komuniti Juara Kesejahteraan Mental Tempat Kerja, melatih lebih ramai pekerja untuk menjadi penyokong rakan sebaya di tempat kerja dan mengiktiraf majikan progresif yang menyokong kesejahteraan mental pekerja mereka,” kata kenyataan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >