Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura lancar yayasan galak AI bertanggungjawab

Jun 07, 2023 | 08:39 PM



Satu yayasan baru yang berpangkalan di Singapura akan menggalakkan pembangunan alat bagi penggunaan kecerdasan buatan (AI) secara bertanggungjawab.

Ia termasuk merangsang keupayaan ujian AI untuk memenuhi keperluan syarikat dan pengawal atur secara global.

Pertubuhan itu, AI Verify Foundation, dilancarkan oleh Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, di persidangan Asia Tech x Singapore pada Rabu.

“Kami percaya pada penggunaan AI secara bertanggungjawab dan mengarahkannya kepada kebaikan, tetapi kita juga akan berusaha melindungi masyarakat daripada risiko AI yang paling serius... (dan) pemerintah tidak boleh melakukannya sendiri,” katanya di persidangan tersebut.

“Ekosistem penyelidikan dan sektor privet kaya dengan kepakaran. Mereka boleh dan perlu digalak agar melibatkan diri secara bermakna bagi memajukan AI bagi kebaikan awam.”

Yayasan itu terdiri daripada tujuh anggota utama – Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), pusat kecemerlangan AI Temasek Aicadium, IBM, Microsoft, Google, Red Hat dan Salesforce.

Ia juga mempunyai lebih 60 anggota umum seperti Adobe, DBS, Meta, SenseTime dan Singapore Airlines.

Yayasan itu memberi tumpuan kepada AI Verify, sebuah rangka kerja ujian tadbir urus AI dan kit alat sofwe yang pertama dibangunkan oleh IMDA atas rundingan bersama syarikat.

Ia menyediakan antara muka atau ‘interface’ bersepadu untuk menghasilkan laporan ujian yang merangkumi prinsip tadbir urus berbeza bagi sistem AI, lapor akhbar The Business Times.


Ini membolehkan syarikat berkongsi laporan bersama pihak berkepentingan dan menjadi lebih telus tentang AI mereka.

AI Verify dilancarkan sebagai produk awal bagi usaha perintis antarabangsa tahun lalu.

Ia telah menarik minat lebih 50 syarikat setempat dan berbilang negara termasuk IBM, Dell dan Hitachi, kata IMDA.

Secara berasingan, IMDA dan Aicadium pada Rabu menerbitkan kertas perbincangan untuk berkongsi pendekatan Singapura terhadap pembinaan ekosistem bagi penggunaan AI generatif secara bertanggungjawab – yang termasuk alat menghasilkan kandungan seperti ChatGPT.

Kertas itu mengenal pasti risiko utama yang telah timbul daripada AI generatif dan memberikan rangka kerja awal bagi penggubal dasar memperkukuh asas tadbir urus AI, mengambil kira ciri-ciri unik AI generatif.

Rangka kerja itu juga membantu penggubal dasar manangani keprihatinan segera mengenai teknologi dan melabur untuk hasil tadbir urus bagi jangka lebih panjang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >