Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penjawat awam harus bertanggungjawab guna ChatGPT, AI: MCI

May 24, 2023 | 12:30 PM
PERLU BERHATI-HATI: Penjawat awam yang menggunakan alat kecerdasan buatan (AI) perlu bertanggungjawab dengan menyemak fakta yang dijana AI dan tidak memasukkan maklumat sensitif.
PERLU BERHATI-HATI: Penjawat awam yang menggunakan alat kecerdasan buatan (AI) perlu bertanggungjawab dengan menyemak fakta yang dijana AI dan tidak memasukkan maklumat sensitif. - Foto fail

PENJAWAT awam yang menggunakan ChatGPT dan alat-alat kecerdasan buatan (AI) serupa bagi tujuan penyelidikan dan penulisan telah diberitahu untuk tidak memberi maklumat sensitif kepada aplikasi sedemikian di bawah garis panduan baru yang dikeluarkan pada Mei.

Penjawat juga harus memeriksa semua kerja yang dijana AI untuk memastikan kerja yang dihantar adalah tepat dan selaras dengan undang-undang hak cipta.

Demikian garis panduan penggunaan AI dalam perkhidmatan awam yang dihantar melalui emel kepada semua penjawat awam pada awal Mei daripada Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI).

Garis panduan mengenai penggunaan alat yang dikuasakan oleh model bahasa besar seperti ChatGPT dan Microsoft Bing ditujukan kepada pengguna umum aplikasi ini dan mereka yang membangunkan aplikasi untuk pemerintah, kata MCI dan Kumpulan Negara Bijak dan Pemerintah Digital Smart Nation and Digital Government Group (SNDGG) sebagai respons kepada pertanyaan The Straits Times.

Tambah MCI dan SNDGG, pembangun harus melaksanakan langkah-langkah bagi menguji ketepatan dan keteguhan aplikasi AI yang dibangunkan dan membina fungsi ke dalam antara muka pengguna untuk mendidik pengguna tentang cara menggunakannya dengan betul.

Kebimbangan berkenaan penggunaan AI yang beretika telah menjadi perhatian kerana lebih ramai menggunakan ‘chatbot’ dalam kerja harian mereka.

Ini mencetuskan kebimbangan bahawa maklumat peribadi yang diberikan kepada chatbot ini boleh didedahkan bagi tujuan pengiklanan atau dibocorkan sekiranya berlaku pelanggaran.

Lebih banyak organisasi di sini, termasuk agensi pemerintah, sedang membangunkan aplikasi baru yang menyepadukan perkhidmatan dengan model bahasa besar, lantas menimbulkan persoalan sama ada data tersebut adalah selamat dengan AI.

Dalam satu jawapan di Parlimen pada 9 Mei kepada soalan Anggota Parlimen (AP) Encik Tan Wu Meng mengenai kebimbangan terhadap langkah-langkah yang diambil bagi memastikan pembangunan AI beretika, Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan), Encik Janil Puthucheary, berkata garis panduan itu menjelaskan bahawa pegawai awam bertanggungjawab di atas kerja mereka dan bertanggungjawab menyemak fakta kandungan yang dijana AI.

“Garis panduan itu juga bertujuan menjaga keselamatan data dengan mengingatkan penjawat agar tidak memasukkan maklumat sensitif ke dalam aplikasi sedemikian,” ujar beliau.

Beliau menambah pihak berkuasa juga akan memperluaskan garis panduan nasihat di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi pada 2023 untuk tumpu perhatian bagi penggunaan AI.

Aplikasi AI dalam pembangunan untuk kakitangan pemerintah ialah Pair, alat penulisan dan penyelidikan yang menggunakan kecerdasan ChatGPT.

Ia membantu kerja-kerja perkhidmatan awam, sebagai sebahagian daripada perjanjian dengan Azure OpenAI.

Pair sedang diuji di agensi-agensi terpilih dengan ratusan pegawai terlibat, tambah MCI dan SNDGG.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg