Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura lapor 16,274 kes baru, 1,559 orang dimasukkan hospital

Mar 06, 2022 | 12:29 AM



Jumlah kes Covid-19 baru dan mereka yang dimasukkan ke hospital di Singapura terus merosot.



Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan sebanyak 16,274 kes baru dan 1,559 orang dimasukkan hospital pada Sabtu (5 Mac). 



Ini berbanding 17,564 kes baru dan 1,678 pesakit dimasukkan hospital pada hari sebelumnya.



Enam kematian dilaporkan pada Sabtu, berbanding 18 kematian pada hari sebelumnya. 



MOH berkata kadar pertumbuhan jangkitan Covid-19 kekal di bawah satu, iaitu 0.95.



Ini adalah empat hari berturut-turut kadar jangkitan mingguan merosot di bawah satu sejak 3 Januari. Kadarnya mencapai 0.97 pada Jumaat. 



Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat bagi sepanjang minggu lalu berbanding minggu sebelumnya. Kadar yang melebihi satu menandakan jumlah kes Covid-19 mingguan semakin meningkat. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >