S'pura lapor 4 kes Covid-19 baru dalam masyarakat, 36 import
Jan 20, 2021 | 04:39 PM
SEBANYAK 40 kes Covid-19 baru disahkan hingga tengah hari Rabu (20 Jan), menjadikan jumlah 59,197 kes di Singapura sejauh ini.
Empat daripadanya adalah kes dalam masyarakat, kata Kementerian Kesihatan (MOH).
Baki 36 kes adalah kes import yang telah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura.