Subuh
5:35
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:03
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

S’pura lapor kes ke-10 cacar monyet

Jul 26, 2022 | 10:03 PM

Satu lagi kes cacar monyet import dilaporkan di Singapura pada Selasa (26 Julai), menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dikesan di sini kepada 10.
Lelaki Taiwan berusia 28 tahun yang tinggal di Singapura itu baru pulang dari Canada.

Beliau disahkan positif pada Selasa, dan kini dirawat di Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID), kata Kementerian Kesihatan (MOH)  di laman webnya. Keadaan pesakit itu stabil.

Pesakit itu mengalami demam panas, sakit kepala, sakit di bahagian dubur dan sakit otot pada Jumaat lalu. 
Ini kemudiannya menjadi ruam di kawasan perianal, kata MOH, merujuk kepada kawasan badan yang mengelilingi dubur.

Beliau mendapatkan rawatan perubatan pada  Selasa dan dimasukkan ke NCID pada hari  sama. Pengesanan kenalan sedang dijalankan, tambah MOH.

Daripada 10 kes cacar monyet di sini, lima adalah tempatan dan lima adalah import. Setakat ini, kes-kes itu tidak terkait.
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3