Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura luluskan suntikan bivalen Pfizer bagi mereka berusia 12 tahun dan ke atas

Oct 25, 2022 | 04:20 PM



PENGUASA Sains Kesihatan (HSA) telah memberi kebenaran sementara kepada vaksin bivalen Covid-19 Pfizer buat mereka yang berusia 12 tahun dan ke atas.


Vaksin bivalen itu dibenarkan sebagai suntikan penggalak bagi mereka yang telah pun menerima perlindungan vaksinasi utama mereka.


Ia menyasarkan kedua-dua varian asal koronavirus dan varian Omicron BA.4 dan BA.5.


Saranan rasmi penggunaan vaksin penggalak itu akan dikeluarkan Jawatankuasa Pakar Vaksinasi Covid-19 dan Kementerian Kesihatan (MOH) apabila tiba masanya, kata HSA dalam satu kenyataannya pada Selasa (25 Okt).


Dalam kajian klinikal yang dilakukan firma Pfizer, vaksin bivalen telah didapati menunjukkan tindak balas imun yang lebih kuat terhadap varian Omicron BA.1, sedang ia tetap berkesan terhadap varian asal virus itu.


Cik Erika Pagani, Pengurus Negara bagi Pfizer Singapura berkata:


“Adalah penting untuk terus berwaspada terhadap virus Covid-19, dan vaksin kekal sebagai barisan pertahanan pertama kita.


“Kami percaya bahawa membangunkan vaksin berasaskan varian, seperti ini, adalah penting dalam memastikan kanak-kanak dan orang dewasa mengekalkan tahap perlindungan yang tinggi.


““Kebenaran (sementara) oleh HSA menandakan satu kejayaan besar dalam usaha memerangi Covid-19 dan kami bekerjasama rapat dengan pemerintah Singapura untuk menyediakan vaksin pada masa yang tepat.”


Sebelum ini, pihak berkuasa Singapura menawarkan vaksin bivalen Moderna pada pertengahan bulan ini (Okt) kepada mereka yang berumur 50 tahun ke atas sebagai suntikan penggalak kedua.


Suntikan terakhir mereka mestilah sekurang-kurangnya lima bulan lalu.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >