Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura luluskan vaksin penggalak Moderna sasar virus asal Covid-19, varian Omicron

Sep 14, 2022 | 06:28 PM



PENGUASA Sains Kesihatan (HSA) hari ini (14 September) meluluskan buat sementara penggunaan vaksin bivalen Covid-19 Spikevax Moderna, yang menyasarkan terhadap kededua virus asal Sars-CoV-2 dan varian Omicron BA.1.



Vaksin bivalen telah diluluskan bagi kegunaan sebagai penggalak untuk mereka yang berusia 18 tahun ke atas yang telah menerima vaksinasi siri asas mereka.



Saranan rasmi  bagi vaksin penggalak akan dikeluarkan Jawatankuasa Pakar mengenai Vaksinasi Covid-19 dan Kementerian Kesihatan (MOH), kata HSA.



Pihak berkuasa berkata ia telah berunding dengan pakar dari Jawatankuasa Penasihat Perubatan dan Panel Pakar Penyakit Berjangkit dalam membuat keputusan itu.



"HSA telah menyemak dengan berhati-hati data dari kajian pra-klinikal Moderna, percubaan klinikal ke atas manusia secara sukarela, pengilangan dan kawalan mutu, dan menilai kemanfaatannya melebihi risiko bagi kegunaan vaksin bivalen sebagai penggalak untuk melindungi terhadap Covid-19 sedang virus itu terus berkembang," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >