KEMENTERIAN EHWAL LUAR
S'pura mahu terus kerjasama dengan kerajaan baru M'sia
Mar 03, 2020 | 05:30 AM
SINGAPURA mengalu-alukan Kabinet yang bakal dibentuk Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin dan berharap akan dapat meneruskan rundingan mengenai isu penting seperti pembinaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Singapura-Kuala Lumpur dan air.
Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, berkata pemerintah Singapura telah mengucapkan tahniah di atas pelantikan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelapan.