RIO DE JANEIRO: Perenang Singapura Yip Pin Xiu memecahkan rekod dunia acara 100m kuak lentang wanita sekali gus memenangi pingat emas pertama negara dalam Sukan Paralimpik Rio 2016 di Brazil pagi semalam.
Srikandi renang negara yang mengalami distrofi otot itu mencatat masa 2min 7.09saat di Stadium Akuatik Rio dalam kategori S2 mengatasi enam peranang lain dalam temasya yang bermula Khamis lalu.