Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura, M'sia tangguhkan RTS Link JB-Woodlands hingga September

May 21, 2019 | 03:02 PM



SINGAPURA dan Malaysia telah menandatangani satu perjanjian untuk menangguhkan pembinaan satu laluan MRT rentas sempadan sehingga 30 September.



Sebagai sebahagian perjanjian itu, Malaysia akan membayar balik lebih $600,000 kepada Singapura akibat penggantungan projek Sistem Gerak Cepat (RTS) Link itu.



Menteri Pengangkutan Singapura Khaw Boon Wan serta Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke menandatangani perjanjian itu bagi merasmikan penggantungan tersebut di pejabat Kementerian Pengangkutan (MOT) Singapura di Bangunan PSA hari ini (21 Mei).



Bercakap di satu sidang media bersama, Encik Khaw berkata Singaprua berharap projek RTS itu dapat disambung semula selepas penggantungan itu – baik dalam keadaan sedia ada seperti yang ditetapkan dalam perjanjian dua hala tahun lalu atau dengan beberapa perubahan kepada skop projek itu.



“Jika tidak, projek RTS Link ini akan dianggap telah dibatalkan oleh Malaysia dan Malaysia harus membayar balik kos yang telah dibelanjakan Singapura untuk memenuhi kewajipan RTS Link kita sehingga sekarang,” kata Encik Khaw.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >