Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura mungkin longgarkan peraturan sekatan Covid-19 mulai 12 Julai: Ong Ye Kung

Jul 01, 2021 | 08:07 PM



KELONGGARAN langkah Covid-19 berikutnya dijangkakan pada 12 Julai, sebagai sebahagian daripada rancangan tiga peringkat untuk pembukaan semula yang mungkin menyaksikan negara ini beralih ke keadaan normal pada September, serta perjalanan riadah kembali menjelang hujung tahun.


"Mulai 12 Julai, kami menimbangkan pembukaan untuk (membolehkan) lebih ramai orang makan bersama, dan apakah terdapat pembukaan lain yang dapat kami pertimbangkan," kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, kepada koresponden kanan kesihatan The Straits Times, Cik Salma Khalik, dalam satu wawancara eksklusif pada Khamis (1 Julai).


Beliau menambah bahawa pelonggaran langkah itu kurang bergantung kepada kadar vaksinasi, dan lebih kepada sama ada kelompok Covid-19 terkawal.


Pelonggaran seterusnya adalah pada separuh kedua Julai, apabila separuh penduduk telah divaksin sepenuhnya, diikuti dengan Hari Kebangsaan, apabila dua pertiga penduduk telah divaksin, tambahnya.


Ini sebelum Singapura mencapai peringkat Covid endemik.


"Anda mahu peralihannya... langkah demi langkah, di mana anda perlahan-lahan bergerak ke arahnya berbanding peralihan secara tiba-tiba," kata menteri itu, yang merupakan pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian mengenai Covid-19 (MTF).


Encik Ong berkata beliau juga mengongsi aspirasi warga Singapura untuk perjalanan riadah disambung menjelang akhir tahun ini.


Destinasi yang mungkin dibenarkan adalah negara-negara dengan kadar vaksinasi tinggi, dan telah melihat trend penurunan kadar jangkitan mereka.


Ini termasuk kebanyakan negara dalam Persatuan Eropah, dan juga Amerika Syarikat. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >