Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura negara kelima paling kurang rasuah di dunia

Feb 01, 2023 | 05:30 AM



SINGAPURA berada di tempat kelima dalam senarai negara paling kurang rasuah di dunia, menurut tinjauan badan antirasuah antarabangsa Transparency International.



Daripada 180 negara yang ditinjau bagi indeks persepsi rasuah (CPI) kumpulan itu, negara ini mendapat mata 83. Singapura berada di belakang Denmark (90 mata), Finland (87 mata), New Zealand (87 mata) dan Norway (84 mata).



Negara ini juga terus menjadi satu-satunya negara Asia yang termasuk dalam senarai 10 negara paling kurang rasuah di dunia.



Namun, mata itu yang terendah diperoleh negara ini dalam 10 tahun, sejak metrik pemarkahan itu dirombak Transparency International pada 2012 dan Singapura memperoleh mata tertinggi 87.



CPI meninjau pakar dan ahli perniagaan, dan memberi markah kepada 180 negara dan wilayah pada skala 0 hingga 100 mengikut tahap persepsi rasuah sektor awam mereka.



Dalam indeks 2021, Singapura menduduki tempat keempat bersama Norway dengan 85 mata, di belakang Denmark, Finland dan New Zealand, yang masing-masing memperoleh 88 mata.



Dalam laporannya semalam, Transparency International berkata CPI 2022 menganalisis kaitan antara konflik, keselamatan dan rasuah - dengan melihat secara mendalam bagaimana keganasan dan rasuah memberi kesan kepada satu sama lain di seluruh dunia.



Laporan itu menyatakan pandemik Covid-19, krisis iklim dan ancaman keselamatan yang semakin meningkat di seluruh dunia menyemarakkan gelombang ketidaktentuan baru, dengan negara gagal menangani rasuah yang memburukkan lagi kesannya.



Markah purata global CPI 2022 ialah 43, dengan dua pertiga negara mendapat mata kurang daripada 50. Pengerusi Transparency International, Cik Delia Ferreira Rubio, berkata rasuah menjadikan dunia tempat lebih berbahaya.



"Memandangkan pemerintah secara kolektif gagal mencapai kemajuan menentangnya, mereka memacu peningkatan keganasan dan konflik semasa dan membahayakan orang ramai di mana-mana," kata peguam itu.



"Satu-satunya jalan keluar ialah negara-negara berusaha, membasmi rasuah di semua peringkat bagi memastikan pemerintah bekerja untuk semua orang, bukan hanya segelintir elit," tambahnya.



Di Asia-Pasifik, Singapura kedua paling kurang rasuah, di belakang New Zealand (87 mata). Laporan itu mengatakan rantau Asia Pasifik mendatar untuk tahun keempat berturut-turut, dengan purata 45 mata.




"Memandangkan pemerintah secara kolektif gagal mencapai kemajuan menentangnya (rasuah), mereka memacu peningkatan keganasan dan konflik semasa - dan membahayakan orang ramai di mana-mana. Satu-satunya jalan keluar ialah negara-negara berusaha membasmi rasuah di semua peringkat bagi memastikan pemerintah bekerja untuk semua orang, bukan hanya segelintir elit."
- Cik Delia Ferreira Rubio, Pengerusi Transparency International mengenai keadaan rasuah di dunia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >