Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura pandang serius tiga isu keselamatan dihadapi negara: PM Lee

Ia melibatkan ancaman pengganasan, bahaya pengaruh luar dan kelemahan dalaman
Oct 25, 2023 | 06:12 PM



Singapura berdepan dengan tiga isu keselamatan iaitu ancaman pengganasan, bahaya ditimbulkan oleh pengaruh operasi luar negara dan kelemahan dalam negara, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.

Berucap di acara jamuan malam tertutup sempena ulang tahun ke-75 Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) pada Selasa, Encik Lee berkata isu pertama, iaitu menangani ancaman pengganasan, merupakan keutamaan ISD.

Ini terutamanya apabila kumpulan pengganas menggunakan strategi baru untuk merekrut anggota, mengumpul dana serta membangunkan taktik baru bagi tujuan operasi serangan.

Di majlis itu, Encik Lee disertai Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelarasan Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean; dan Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.

“Kami memandang serius bahaya ini kerana satu tindakan pengganasan boleh meruntuhkan keharmonian dan keyakinan kaum dan agama yang telah kita bina dengan susah payah selama beberapa dekad.

“Peranan ISD adalah memastikan rakyat Singapura tidak terpengaruh oleh ideologi melampau, atau terjebak dalam pertengkaran yang tidak melibatkan kita, yang bertujuan menghasut kekacauan dalam masyarakat kita sendiri.

“Kewaspadaan ISD telah berulang kali dapat menjangka dan mematahkan rancangan pengganas terhadap kita... ISD juga telah mengesan dan menangani banyak individu yang menjadi radikal sendiri, serta menghalang mereka daripada melakukan sebarang bahaya,” kongsi Encik Lee.

Malah, ISD bukan sahaja menentang ancaman pengganasan, tetapi juga berjaya memulihkan kebanyakan individu yang menjadi radikal sendiri, tambah Encik Lee.

Pemulihan itu dilakukan melalui kerjasama penting ISD dengan Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) dan Kumpulan Penjagaan Lanjut Antara Agensi (ACG).

Sejak 2002, 137 warga Singapura dikenakan arahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dan hampir 90 peratus mencapai kemajuan baik dalam pemulihan dan telah berjaya disepadukan semula ke dalam masyarakat.

Mengulas tentang isu keselamatan kedua, iaitu bahaya yang ditimbulkan pengaruh luar negara, Encik Lee berkata bahaya tersebut tidak merujuk kepada perang atau serangan fizikal.

“Ini merujuk kepada ancaman bahaya yang tersembunyi di belakang tabir. Tugas ISD adalah untuk berwaspada terhadap ancaman tersebut yang cuba menjatuhkan kita, melancarkan operasi mempengaruhi untuk memanipulasi kita, atau menjalankan pengintipan untuk menjejas rahsia kita yang paling berharga.

“Kita harus terus berwaspada terhadap ancaman dan operasi pengintipan sebegitu. Musuh kita mempunyai sumber yang baik dan juga bersemangat tinggi. ISD adalah barisan pertahanan pertama kita, dan mesti berkebolehan dan bijak apabila memutuskan cara terbaik untuk menangani ancaman ini,” ujar Encik Lee.


Menyentuh isu keselamatan ketiga, iaitu kelemahan domestik, Encik Lee memberi peringatan bahawa Singapura akan sentiasa mempunyai garis pemisah kerana kepelbagaian kaum dan agama dalam kalangan penduduknya.


Beliau menukil contoh konflik antara Israel dengan Hamas dan bagaimana ia merupakan isu emosional bagi rakyat Singapura beragama Islam, Yahudi dan Kristian, yang amat bersimpati kepada nasib penduduk Palestin dan Israel.

“Kesemua perbezaan ini adalah realiti yang harus kita akui dan terima. Mereka mengingatkan kita untuk terus memperhatikan hubungan kaum dan agama dengan berhati-hati kerana salah faham dan pertelingkahan masih boleh timbul, dan menyebabkan masalah serius jika tidak ditangani dengan betul,” kata Encik Lee.

Beliau menambah, Singapura memerlukan ISD yang kukuh dan berkesan untuk menangani ketiga-tiga isu keselamatan tersebut, dan melahirkan kegembiraan bahawa jabatan itu sedang mengusahakan transformasi bagi kekal selangkah lebih depan daripada ancaman di tengah-tengah persekitaran yang sentiasa berkembang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >