Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAWATAN MALIKI KE KELANTAN & TERENGGANU

S'pura perkukuh kerjasama ekon, hubungan antara rakyat S'pura-Pantai Timur M'sia

Apr 17, 2023 | 05:30 AM



MENGUKUHKAN kerjasama dari sudut ekonomi selain hubungan antara rakyat serta menawarkan sokongan dalam pembangunan kapasiti.



Itulah antara yang diharap Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, semasa lawatannya ke Kelantan dan Terengganu mulai Sabtu hingga Rabu.



Ini merupakan lawatan pertamanya ke dua negeri di Malaysia itu sejak memegang jawatan dalam Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada 2015.



Semasa ditemui wartawan di Kuala Lumpur sementara menantikan pesawat ke Kelantan, Dr Maliki berkata hubungan dengan Malaysia amat penting dan dilanjutkan kepada beberapa aspek termasuk kerjasama ekonomi, dan hubungan sosial.



"Hubungan kami bukan sekadar di peringkat Singapura dengan Kuala Lumpur sahaja, bahkan semasa pra-Covid kami sentiasa berusaha untuk mendekati negeri-negeri di Malaysia.



"Ia meliputi peluang untuk kolaborasi yang boleh dijalin di peringkat negeri juga," katanya yang pernah ke Selangor, dan Negeri Sembilan sebelum Covid-19 melanda.



Dalam satu kenyataan pada Sabtu, MFA berkata lawatan tersebut adalah sebahagian usaha Singapura mengukuhkan hubungan berpanjangan dengan negeri-negeri di Malaysia serta meneroka bidang baru kerjasama.



Dr Maliki dijadual bertemu dengan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, serta Tengku Mahkota Kelantan, Dr Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ismail Petra.



Dr Maliki juga dijadual bertemu Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, selain pemimpin lain dari kededua negeri.



Selain bertemu pegawai kerajaan, beliau juga akan bertemu dan bergaul dengan penuntut tempatan dari Universiti Malaysia Terengganu.



Dr Maliki ditemani pegawai MFA sepanjang lawatannya itu.



Semasa ditemui, Dr Maliki membentangkan tiga aspek yang akan diberi perhatian sepanjang lawatannya itu.



Pertama mengukuhkan hubungan dengan pihak perundangan negeri tersebut selain kerjasama terutamanya dalam bidang ekonomi.



"Di sesetengah negeri, mereka mempunyai sektor pelancongan yang kukuh yang boleh dianggap peluang yang membangun. Kami juga melihat bagaimana bidang perindustrian mereka berkembang. Dari situ kami akan perkenalkannya kepada agensi perniagaan Singapura untuk meneroka peluang tersebut sekiranya berminat," katanya.



Selain itu, Dr Maliki turut menekankan tentang peluang membina dan mengukuhkan hubungan antara rakyat yang dianggap satu lagi perkara penting dalam hubungan dua hala antara Singapura dengan Malaysia.



Menurutnya golongan muda Singapura hari ini berpeluang mengunjungi banyak negara, namun mungkin tidak ke negeri di seberang Tambak.



"Saya fikir adalah penting bagi anak muda hari ini memahami kededua pihak - melebihi apa yang mereka baca di Internet - agar dapat membina dan terus menjalin hubungan kukuh. Pada masa yang sama saya juga berharap untuk menyelaras dan meninjau bagaimana pandangan anak muda di Kelantan dan Terengganu terhadap Singapura," katanya.



Selain itu Dr Maliki juga menekankan tentang peluang menyokong pembangunan Malaysia serta negeri-negerinya menerusi sokongan pembangunan kapasiti yang dapat diberikan Singapura.



Menurutnya, pihak MFA menawarkan peluang berkongsi pengalaman pembangunan dengan negarA luar.



"Kami pelawa negara luar datang ke Singapura atau kami hantar jurulatih untuk membimbing mereka dalam beberapa bidang agar mereka dapat mencapai sasaran pembangunan yang diinginkan," katanya.



Setibanya di Kelantan lewat Sabtu, Dr Maliki telah bertemu dan berbuka sama dengan Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Husam Musa, disusuli pula dengan pertemuan bersama Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >