Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERBAHASAN UCAPAN PRESIDEN HALIMAH YACOB

S'pura perlu 'relevan dan berguna' kepada dunia: DPM Heng

Apr 22, 2023 | 05:30 AM



TERDAPAT tiga perkara yang perlu Singapura 'perbaiki' ketika ia terus melakar haluan ke hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, di Parlimen pada Jumaat.



Singapura bukan sahaja perlu kekal terbuka dan terhubung, namun juga kekal "relevan dan berguna" kepada dunia, katanya semasa hari terakhir perbahasan susulan Ucapan Presiden di Parlimen.



Di samping ini, Encik Heng turut menggariskan pentingnya bagi Singapura untuk mengembangkan ekonomi yang rancak dan inovatif, serta membangunkan potensi setiap rakyat Singapura sepenuhnya.



"Dalam zaman persaingan, kita mesti membina jambatan, bukan tembok. Meletakkan Singapura sebagai nod Global-Asia merupakan satu kepentingan strategik.



"Kelebihan nilai kami adalah untuk membina hubungan merentasi budaya dan ekonomi, dan kami mesti memperkukuhkan perkara ini," kata beliau.



Dalam ucapannya lagi, Encik Heng menegaskan bahawa pertumbuhan merupakan satu aspek penting bagi membantu membina kehidupan yang lebih baik buat rakyat Singapura.



Pada masa yang sama, beliau berkata Singapura perlu menangani perubahan struktur dari segi penuaan di kalangan penduduknya, kemajuan teknologi serta rantaian bekalan yang terserpih, sedang meneruskan usaha pertumbuhan dan mewujudkan pekerjaan yang lebih baik menjadi lebih sukar.




S'pura perlu kembang ekonomi bagi wujudkan kerja baik, jana sumber biaya keperluan negara



DPM Heng: Terpenting ialah bina asas 'tidak kira bangsa, bahasa atau agama'



Lantaran itu, Encik Heng berkata adalah penting untuk Singapura mengembangkan ekonominya, yang akan bukan hanya memberi orang ramai akses kepada pekerjaan yang baik, malah menjana sumber agar dapat membiayai keperluan dan keutamaan negara.



Antaranya ialah menyokong keluarga, menjaga warga emas, dan menaik taraf kehidupan mereka yang kurang bernasib baik.



"Sepanjang sejarah kita, perkembangan tidak pernah dilakukan demi perkembangan semata-mata.



"Perkembangan adalah penting untuk memberi kita cara bagi membina Singapura yang lebih baik, dan kehidupan yang lebih baik untuk rakyat Singapura," ujar Encik Heng semasa perbahasan Ucapan Presiden di Parlimen pada Jumaat.



Usaha mengembangkan ekonomi adalah bagi memastikan setiap rakyat Singapura dapat meraih manfaat daripadanya, tambahnya.



Bagi memastikan ia dapat dilaksana, Singapura perlu mewujudkan peluang agar rakyatnya dapat memaksimumkan potensi mereka sepenuhnya dan merebut peluang.



Bagaimanapun, beliau turut menegaskan bahawa membangunkan rakyat Singapura mesti melebihi tahun persekolahan mereka, sambil menambah bahawa "kejayaan dalam dunia yang lebih mengganggu memerlukan kemahiran semula yang berterusan sepanjang hayat".



Justeru, beliau berkata pemerintah akan mengukuhkan pergerakan Skillsfuture bag memastikan rakyat Singapura berdaya tahan dan serba lengkap untuk menghadapi masa hadapan.



Dalam ucapannya, Encik Heng juga berkata sejak Singapura mencapai kemerdekaan, negara ini telah mengharungi perubahan besar dengan baik, dan berinovasi dalam banyak bidang.



Meskipun begitu, beliau menegaskan bahawa pada tahun-tahun akan datang, menjamin masa depan Singapura akan memerlukan negara ini terus mengubah ekonominya dan mencipta peluang baru bagi rakyatnya.



Ini boleh dilakukan dengan terus memanfaatkan teknologi dan inovasi untuk meningkatkan kehidupan rakyat Singapura.



"Paling penting, kita perlu terus membina asas ikrar negara kita - 'tidak kira bangsa, bahasa atau agama' - untuk kekal bersatu dalam dunia yang dipertikaikan ini, sambil mengeratkan hubungan dengan orang di seluruh dunia.



"Dengan cara ini, Singapura dan rakyat Singapura akan kekal relevan dan berguna kepada dunia, serta kekal bersatu dan berjaya," katanya lagi.



Dalam pada itu, Encik Heng turut menegaskan bahawa pasukan kepimpinan generasi keempat (4G) negara ini perlu memenangi kepercayaan rakyat, dengan menetapkan rancangan yang jelas untuk menjamin masa depan yang lebih baik bagi semua.



Rancangan yang ditetapkan pemerintah perlulah berdasarkan aspirasi dan kebimbangan rakyat Singapura, melihat kepada konteks masa kini terutamanya dari segi kadar penuaan penduduk, gangguan ekonomi yang lebih besar, dan perbezaan pada titik permulaan, tambah Encik Heng.



"Inilah sebabnya agenda Melakar Hala Tuju Singapura menetapkan anjakan yang perlu kita lakukan untuk menyegarkan semula kompak sosial kita.



"Perpaduan dan tujuan yang jelas ini adalah penting, jika kita ingin terus mendapatkan tempat kita di dunia," ujarnya.



Menurut beliau lagi, Singapura dan rakyatnya telah mendapat nama baik disebabkan dasar dan kerja keras yang telah ditunjukkan.



Bagaimanapun, Encik Heng menegaskan bahawa langkah seterusnya bakal menyaksikan cabaran baru, apabila ketidaktentuan geopolitik menjadi lebih meresahkan, teknologi dan inovasi mengganggu pekerjaan dengan lebih pantas, serta masalah kekurangan tanah, tenaga buruh dan karbon menjadi lebih ketara.



"Namun saya optimis bahawa kita boleh sekali lagi mengubah cabaran ini menjadi peluang, dan menjamin masa depan yang cerah untuk Singapura dan rakyat Singapura.



"Dalam sejarah singkat kita, kita telah berjaya bertahan dan berkembang maju mengharungi keadaan yang lebih sukar," ujar Encik Heng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >