Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura pertingkat strategi dakap AI; beri tumpuan pupuk bakat, perluas industri

Dec 04, 2023 | 08:42 PM



Pemerintah mengumumkan langkah mempertingkat strateginya dalam menghadapi perkembangan kecerdasan buatan (AI) demi memastikan ia mampu memacu Singapura ke barisan depan dalam perlumbaan teknologi bijak global.

Ini memandangkan teknologi AI bukan lagi sesuatu yang baik untuk dimiliki tetapi merupakan sesuatu yang perlu diketahui ramai, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, semasa berucap di Persidangan Singapura mengenai AI 2023 di Galeri Nasional Singapura pada 4 Disember.

Menerusi langkah terbaru yang dikenali sebagai ‘Strategi AI Kebangsaan 2.0: AI untuk Kebaikan Awam untuk Singapura dan Dunia’, ia memberi tumpuan terhadap pemupukan bakat, penggalakan industri AI yang berkembang maju dan mengekalkannya dengan prasarana serta penyelidikan terkemuka dunia bagi memastikan AI berkhidmat untuk kepentingan awam, lapor akhbar The Straits Times.


Untuk memupuk bakat di sini, Singapura menyasarkan untuk meningkatkan tiga kali ganda bilangan pengamal AI di sini kepada 15,000 menerusi latihan warga tempatan dan pengambilan pekerja dari luar negara, kata Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan.

Kumpulan itu termasuk data dan saintis pembelajaran mesin serta jurutera yang menjadi tulang belakang menterjemah AI ke dalam aplikasi dunia sebenar, kata Encik Wong, sambil menambah Singapura berhasrat untuk melatih lebih ramai warga tempatan dan mengupah lebih ramai profesional asing untuk mengisi peranan ini.

Mengibaratkan penggunaan alat ini seperti memasuki kawasan baru yang belum diterokai, Encik Wong berkata Singapura perlu mengambil cara lebih sistematik untuk memanfaatkan penggunaan AI untuk kebaikan awam.

Ini bagi mengurangkan kesannya terhadap pekerjaan dan mata pencarian serta risiko lain seperti penipuan, serangan siber serta memberikan maklumat yang tidak tepat.

Justeru, terdapat keperluan untuk mengemas kini strategi AI asal yang pertama kali dilancarkan pada 2019.

“Pemerintah bercadang untuk melabur dengan ketara dalam pendidikan dan latihan dewasa, bagi memastikan sistem seluruh negara yang berkesan untuk melatih semula dan meningkatkan kemahiran pekerja kita,” katanya.

Strategi yang disemak itu memperluaskan lagi tumpuan Singapura dalam strategi sulungnya pada 2019, yang kebanyakannya bertujuan untuk menggunakan AI dalam sektor tertentu seperti penjagaan kesihatan, keselamatan dan pendidikan.

Menjelaskan rancangan itu dengan lebih lanjut, Encik Wong berkata:

“Penemuan terbaru dalam AI generatif telah mencetuskan minat baru tentang potensi AI, risiko dan implikasinya kepada manusia… perbincangan mengenai potensi manfaat dan ancaman AI bukanlah perkara baru, tetapi kami akan meneroka bidang baru ini.

“Kerja berasaskan pengetahuan seperti penyelidikan, pengekodan dan penulisan dianggap selamat daripada gangguan pada masa lalu. Tetapi dengan AI, itu tidak lagi berlaku,” katanya, merujuk kepada penemuan terbaru dalam penghasilan kecerdasan buatan generatif (AI generatif).

Perkembangan dalam AI generatif seperti ChatGPT, yang mampu mencipta teks, imej dan media lain, telah membolehkan sesiapa saja yang mempunyai sambungan Internet untuk memanfaatkan alat AI yang canggih dengan daya kecerdasan hampir serupa manusia.

Mengulas tentang kebimbangan terhadap pekerjaan yang akan digantikan oleh AI, Encik Wong berkata terdapat kemungkinan berlaku perubahan ketara dalam peranan pekerjaan dan pemerintah akan melabur dengan ketara dalam latihan untuk memastikan pekerja di sini dapat menyesuaikan diri.

Dalam pada itu, Encik Wong menegaskan pemerintah juga akan memainkan peranan dalam membina persekitaran yang boleh dipercayai untuk AI serta menangani isu moral dan etika dalam bidang tersebut, seperti sama ada AI sesuai untuk membuat keputusan menggantikan manusia.

Singapura akan mencari keseimbangan pragmatik kepada peraturan tanpa menghindari inovasi, kata Encik Wong.

“Kunci dalam semua ini,” katanya, “adalah untuk menjadi tangkas dan lincah dan terus mengemas kini strategi dan rangka kerja pemerintah apabila keadaan berubah”.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >