Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura, Qatar perkukuh kerjasama dalam pembangunan sosial dan keluarga

Aug 25, 2023 | 09:07 PM



Singapura dan Qatar telah memeterai memorandum persefahaman (MOU) dalam bidang pembangunan sosial dan keluarga yang akan membolehkan kededua pihak bertukar-tukar pengalaman dan kepakaran dalam bidang tersebut.

Ini menurut Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang menandatangani MOU itu bersama rakan sejawatannya dari Qatar, Cik Maryam Ali Nasser Al Misnad.

“Kami telah mengadakan perbincangan baik mengenai cara menyokong golongan kurang upaya dengan lebih baik dan cara memperkukuh keluarga,” kata Encik Masagos dalam satu catatan di Facebook pada Jumaat.

Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Khamis, Singapura dan Qatar telah memeterai lima MOU untuk memperkukuh kerjasama dalam beberapa bidang.

Selain pembangunan sosial dan keluarga, bidang lain termasuk pendidikan, penyelidikan berkaitan air, digitalisasi serta inovasi perusahaan serta kerjasama komersial.

Pemeteraian MOU tersebut telah disaksikan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, serta Perdana Menteri dan Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani, yang mengadakan lawatan tiga hari ke Singapura sejak Rabu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >