Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura sangkal kenyataan mengenai hukuman mati pengedar dadah

PBB
Apr 29, 2023 | 05:49 PM



SEMUA orang yang dijatuhkan hukuman mati di Singapura diberi proses yang wajar sepenuhnya di bawah undang-undang, dan hukuman mati telah membantu mencegah jenayah serius, kata Misi Tetap Singapura kepada Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Hak Asasi Manusia di Geneva dalam satu kenyataan pada Jumaat.



Ia menambah bahawa negara-negara mempunyai hak berdaulat untuk memilih pendekatan yang paling sesuai dengan keadaan mereka sendiri, dan Singapura akan terus melaksanakan langkah yang sewajarnya berasaskan bukti dalam memerangi dadah.



Misi tetap itu menjawab kenyataan Pejabat Hak Asasi Manusia PBB mengenai hukuman mati terhadap pengedar dadah Tangaraju Suppiah, yang dihukum gantung pada 26 April.



Warga Singapura berusia 46 tahun itu telah disabit pada 2018 kerana bersubahat dalam pengedaran 1,017.9 gram ganja – jumlah yang melebihi dua kali ganda ambang hukuman mati.



Semasa taklimat akhbar pada 25 April, jurucakap Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia Cik Ravina Shamdasani telah menggesa pihak berkuasa Singapura untuk tidak meneruskan pelaksanaan hukuman mati Tangaraju, dan menimbulkan kebimbangan mengenai “proses yang wajar dan menghormati jaminan perbicaraan yang adil.”



Beliau menggesa pemerintah Singapura untuk menerima pakai moratorium rasmi ke atas hukuman mati bagi kesalahan berkaitan dadah, dan untuk memastikan hak untuk perbicaraan yang adil untuk semua defendan selaras dengan kewajipan antarabangsanya.



Pada Jumaat, misi tetap menjawab bahawa semua orang yang dijatuhkan hukuman mati di Singapura diberikan proses yang wajar sepenuhnya di bawah undang-undang, dan hukuman mati hanya dikenakan selepas proses undang-undang yang ketat di samping perlindungan yang ketat.



Setiap hukuman mati yang dikenakan mesti diperiksa dan disahkan oleh Mahkamah Rayuan, tidak kira sama ada orang yang disabitkan merayu terhadap sabitan atau hukuman itu, katanya.



Mengenai isu hukuman mati sebagai pencegahan, ia menambah bahawa hukuman mati telah berfungsi untuk menghalang pengedar dadah daripada membawa masuk dadah dalam jumlah besar.



Ia memetik tinjauan persepsi awam 2021 yang ditugaskan oleh Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) yang meninjau lebih 7,200 orang dari negara di rantau ini di mana kebanyakan pengedar dadah yang ditangkap oleh pihak berkuasa Singapura berasal.



Kajian itu melaporkan bahawa 87 peratus daripada responden percaya hukuman mati mencegah orang ramai daripada mengedar jumlah dadah yang besar ke Singapura; dan 83 peratus percaya bahawa hukuman mati lebih berkesan daripada penjara seumur hidup dalam usaha untuk menghalang orang ramai daripada mengedar dadah ke Singapura.



Misi Tetap mengatakan bahawa komen Cik Shamdasani “mengaburi” kemudaratan serius yang berpunca daripada dadah dan ia amat “dikesali”.



Ia menegaskan bahawa penyalahgunaan dadah adalah masalah berleluasa yang mempunyai akibat yang teruk kepada individu dan seluruh masyarakat, termasuk isu sosial, ekonomi dan kesihatan.



“Singapura tidak mampu menanggung kos yang begitu tinggi kepada masyarakat kita dan rakyat kita,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >