Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura sokong usaha percepat digitalisasi tangani cabaran Covid-19 :Iswaran

Apr 30, 2020 | 09:07 PM

SINGAPURA menyokong usaha anggota G20 dan negara tamu untuk mempercepatkan digitalisasi perniagaan dan ekonomi sebagai respons kolektif kepada cabaran komunikasi, ekonomi dan kesihatan awam yang disebabkan oleh Covid-19.


Menyatakan demikian di Mesyuarat Menteri Ekonomi Digital G20 yang diadakan melalui persidangan video pada Khamis (30 April), Menteri Perhubungan dan Penerangan, Encik S. Iswaran, berkata infrastruktur ketersambungan yang kukuh adalah asas bagi digitalisasi.


“Pelaburan awal Singapura dalam infrastruktur 5G membolehkan kita menangani cabaran kini, sambil menyedari banyaknya peluang menarik yang boleh dibawa oleh digitalisasi,” katanya yang mewakili Singapura di mesyuarat itu atas undangan Arab Saudi yang mempengerusikan G20 tahun ini.


Persidangan video itu dihadiri menteri dari negara anggota G20 dan negara tamu lain.


Wakil dari pertubuhan global seperti Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa dan Pertubuhan bagi Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi turut hadir.


Semasa mesyuarat itu, para menteri menekankan peranan penting yang dimainkan oleh teknologi digital dan dasar digital relevan dalam mempercepatkan respons kolektif kepada pandemik Covid-19.


Menteri-menteri itu bersetuju untuk memberi tumpuan kepada enam bidang kerja utama.


Ini termasuk memastikan akses ke ketersambungan rangkaian dan infrastruktur komunikasi yang dimampui, selamat dan inklusif, serta memastikan pertukaran data yang selamat.


Mereka juga akan menggalak penyelidikan dan pengerahan teknologi kesihatan digital, serta mengukuhkan daya tahan perniagaan dengan menyokong usaha pendigitalisasi.


Bidang kerja lain yang akan diberi tumpuan ialah memanfaatkan huraian dan teknologi digital bagi menyokong dan melaksanakan dasar serta inisiatif untuk menangani Covid-19.


Mereka juga akan memastikan sekitaran dalam talian yang selamat dan boleh dipercayai untuk perkongsian maklumat bagi menangani kegiatan siber berniat jahat dan maklumat yang salah. 

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >