Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura sumbang AS$60,000 bantu usaha pemulihan di M'sia, Filipina

Dec 29, 2021 | 05:30 AM



PEMERINTAH Singapura menyumbang AS$60,000 ($81,800) sebagai permulaan pengumpulan dana Palang Merah Singapura (SRC) dalam menyokong bantuan kemanusiaan dan usaha pemulihan di Malaysia dan Filipina.



Banjir di Malaysia dan Taufan Rai di Filipina telah mengakibatkan kehilangan banyak nyawa dan kemusnahan hartanah yang meluas, menyebabkan kesukaran, menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) sebelum ini.



Sebagai rakan rapat dan negara anggota Asean, Singapura berdiri bersama Malaysia dan Filipina dalam masa sukar ini, kata MFA.



Dilaporkan sebelum ini lebih 66,000 orang telah kehilangan tempat tinggal dan sekurang-kurangnya 46 orang meninggal dunia dan ramai yang masih hilang dalam banjir di beberapa negeri di Malaysia.



Di Filipina pula, sekitar 400 orang terbunuh di pulau-pulau yang dilanda Taufan Rai.



MFA menasihatkan warga Singapura di kawasan terjejas untuk memantau berita setempat, dan mematuhi arahan oleh penguasa tempatan.



Warga Singapura juga dinasihatkan agar kekal berhubungan dengan keluarga dan rakan untuk memberi perkembangan tentang keadaan dan keselamatan mereka, dan mendaftar dalam talian di laman web MFA eregister.mfa.gov.sg.



Warga Singapura yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Pejabat Tugas Kementerian Ehwal Luar atau Misi Luar Negara di Kuala Lumpur dan Manila.



Mereka boleh menghubungi Pejabat Tugas Kementerian Ehwal Luar di talian +65 6379 8800/8855 atau kiriman e-mel ke mfa_duty_officer@mfa.gov.sg.



Maklumat Suruhanjaya Singapura di Kuala Lumpur: +60-3-2161-6277 (nombor telefon), +60-16-661-0400 (nombor telefon kecemasan, di luar waktu pejabat), atau e-mel ke singhc_kul@mfa.sg.



Maklumat Kedutaan Singapura di Manila: +63-2-8856-9922 (nombor telefon), +63-917-860-4740 (nombor telefon kecemasan, di luar waktu pejabat); atau e-mel ke singemb_mnl@mfa.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >