Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'PURA BERALIH KE DORSCON HIJAU

S'pura tarik balik semua baki sekatan sempadan

Pengunjung tidak diberi vaksin tidak perlu lagi tunjuk bukti ujian negatif sebelum masuki Singapura
Feb 10, 2023 | 05:30 AM



MULAI Isnin depan, pengunjung yang tidak diberi vaksin Covid-19 sepenuhnya tidak perlu lagi menunjukkan bukti ujian negatif sebelum berangkat untuk memasuki Singapura.



Mereka juga tidak perlu menunjukkan bukti vaksinasi sebelum tiba di sini.



Ini selepas Singapura menarik balik semua baki sekatan sempadan yang dilaksanakan semasa wabak Covid-19.



Pelawat jangka pendek ke Singapura yang tidak diberi vaksin sepenuhnya juga tidak perlu membeli insurans perjalanan yang meliputi rawatan perubatan Covid-19 di sini, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan semalam.



Namun sekatan di bawah Rangka Kerja Perjalanan Bervaksin - yang dilaksanakan pada April 2022 - mungkin diaktifkan semula jika terdapat perkembangan antarabangsa yang membimbangkan, seperti varian baru yang teruk atau tanda-tanda bahawa kapasiti jagaan kesihatan terjejas, kata MOH.



"Ini akan membolehkan kita menyesuaikan dengan segera klasifikasi risiko negara serta langkah sempadan kita berdasarkan status vaksinasi pelawat, sekiranya perlu," kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, semasa sidang media Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) menangani Covid-19.



Pada masa ini, pengunjung boleh memasuki Singapura tanpa ujian atau kuarantin.



Namun mereka yang berusia 13 tahun ke atas mesti menunjukkan bukti bahawa sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tiba di sini, mereka telah menerima dos minimum vaksin Covid-19 di bawah senarai penggunaan kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).



Dos minimum ialah sekurang-kurangnya dua dos vaksin AstraZeneca, Moderna, Pfizer-BioNTech, Sinovac atau Sinopharm, atau campuran suntikan ini.



Di bawah peraturan semasa, mereka yang tidak memenuhi keperluan ini tidak dianggap sebagai menerima vaksin sepenuhnya, dan mereka mesti memenuhi keperluan tambahan, seperti ujian sebelum keberangkatan ke Singapura.



Ini akan berubah mulai 13 Februari kerana MOH akan menarik balik langkah sempadan memandangkan keadaan Covid-19 sejagat yang stabil dan bertambah baik, dan kesan rendah kes import terhadap kapasiti penjagaan kesihatan Singapura.



MOH berkata situasi koronavirus di negara ini kekal stabil dalam beberapa bulan kebelakangan ini.



Ini walaupun pergerakan ke luar dan masuk negara meningkat sepanjang tempoh cuti akhir tahun, musim sejuk Hemisfera Utara dan peralihan China daripada dasar sifar-Covid-19.



MOH menambah bahawa bilangan kes baru Covid-19 telah merosot sejak akhir Disember 2022, dan tidak terdapat varian virus yang lebih teruk.



MOH juga menyatakan bahawa WHO baru-baru ini mengakui wabak itu menghampiri titik perubahan, menandakan kecemasan global Covid-19 mungkin akan berakhir tidak lama lagi.



"Pembukaan sempadan kita secara bertahap bukanlah ancaman kesihatan awam kepada kita," kata Profesor Kenneth Mak, Pengarah Khidmat Perubatan MOH.



Semasa sidang akhbar semalam, Encik Gan ditanya mengenai penguatkuasaan semula keperluan ujian baru-baru ini untuk beberapa pelancong oleh negara seperti India.



Encik Gan menegaskan situasi setiap negara adalah berbeza.



"Bagi Singapura... sistem jagaan kesihatan kita sangat kuat. Pada masa yang sama, kadar vaksin tempatan kita sangat tinggi, tahap imuniti kita sangat tinggi. Dan itu memberi kita keyakinan untuk membuka sempadan kita," kata Encik Gan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >