Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura, Thailand akur usaha buka semula sempadan

Nov 16, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA dan Thailand bersetuju untuk berusaha ke arah membuka semula sempadan kededua negara bagi menyambung kegiatan perniagaan dan pertukaran antara rakyat.



Ini dibincangkan dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan bersama oleh Setiausaha Tetap Kementerian Ehwal Luar Singapura, Encik Chee Wee Kiong, dan rakan sejawatannya dari Thailand, Encik Thani Thongphakdi, semalam, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA).



Dalam mesyuarat Perundingan Politik Singapura-Thailand kedua yang diadakan melalui persidangan video itu, kededua Setiausaha Tetap itu mengesahkan kerjasama bertahan lama yang dijalin antara kededua negara.



Mereka juga berikrar untuk mengukuhkan lagi kerjasama dalam isu yang baru pada masa depan selepas pandemik Covid-19, menurut kenyataan MFA itu lagi.



"Mereka meluahkan penghargaan atas bantuan yang sama-sama dihulurkan untuk menangani cabaran yang dibawa oleh pandemik Covid-19, termasuk sumbangan bersama bekalan perubatan.



"Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk berusaha ke arah pembukaan semula sempadan.



"Ini akan memudahkan penyambungan semula kegiatan perniagaan dan pertukaran antara rakyat," kata MFA.



Menurut kementerian itu lagi, kededua Setiausaha Tetap tersebut mengadakan perbincangan yang produktif mengenai pembangunan mampan dan telah meneroka kerjasama antara Pelan Hijau Singapura 2030 dan Model Ekonomi Bio-Putaran-Hijau Thailand.



Mereka bertukar-tukar pandangan mengenai kemungkinan kerjasama dalam bidang ekonomi digital, pembangunan bandar bijak, perdagangan kuasa rentas sempadan, projek perintis kredit karbon, serta cara untuk mengukuhkan Program Pertukaran Perkhidmatan Awam Singapura-Thailand.



Kata MFA lagi, kededua Setiausaha Tetap itu mengadakan perbincangan yang meluas mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa, serta menekankan kepentingan mengukuhkan kepusatan dan perpaduan ASEAN.



Kedua-dua pihak turut menyatakan komitmen untuk memperdalam integrasi ekonomi melalui Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau dan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec).



Singapura bersedia untuk menyokong Thailand sebagai Pengerusi APEC pada 2022, kata MFA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >