PELANCARAN Laluan Perjalanan Individu Yang Divaksin (VTL) bersama Qatar, Arab Saudi dan Amiriah Arab Bersatu (UAE) akan ditunda dengan langkah sempadan disemak dalam kemunculan varian Covid-19 Omicron kini.
Langkah ini adalah sebagai usaha berjaga-jaga dalam mengurangkan risiko mengimport dan penularan varian Omicron ke Singapura, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataan pada Ahad (28 November).
Keterangan semakan langkah sempadan - sebagai sebahagian usaha mengurus risiko virus diimport daripada pengunjung dan jangkitan tempatan berikut - akan diumumkan tidak lama lagi, tambah kenyataan itu.
Penundaan VTL ke Qatar, Arab Saudi dan UAE berkuatkuasa hingga notis lanjutan, kata MOH.
"Ini adalah melihat pada kedekatan negara-negara ini sebagai titik tumpuan pengangkutan kepada negara terjejas, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Afrika Selatan dan Zimbabwe," jelas MOH.
Pengumuman ini dibuat semalaman sebelum permohonan bagi tiga VTL ini sepatutnya dibuka.
VTL ke tiga negara Timur Tengah ini dijadualkan dilaksanakan mulai 6 Disember.
Varian Omicron yang secara saintifik dikenali sebagai B.1.1.529 dikenal pasti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 26 November sebagai varian pencetus keprihatinan.
Saintis kini sedang berusaha menentukan ciri-cirinya seperti sama ada ia lebih mudah menjangkiti daripada varian Delta, dan jika ia lebih berkemungkinan membawa pada penyakit teruk, kata MOH.
Ia menambah Singapura belum lagi mengesan sebarang kes varian Omicron sejauh ini.