S'pura turunkan ramalan ekon kepada -0.5% dengan 1.5% dek koronavirus
Sektor pengilangan, perdagangan borong, pengangkutan dan pelancongan dijangka terjejas teruk; tapi pembinaan, informasi dan perhubungan diramal tumbuh mantap
Feb 18, 2020 | 05:30 AM
RAMALAN pertumbuhan ekonomi Singapura bagi tahun ini telah diturunkan daripada jangkaan awal.
Ramalan pertumbuhan ekonomi kini kepada -0.5 dengan 1.5 peratus, berbanding ramalan asal yang diumum pada November tahun lalu iaitu sebanyak 0.5 hingga 2.5 peratus.