Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura usahakan sumber bekalan ikan, makanan laut gantian susuli penutupan sementara Pelabuhan Perikanan Jurong: Grace Fu

Jul 18, 2021 | 09:29 PM



SINGAPURA dengan tangkas telah beralih pada laluan bekalan gantian selepas kelompok jangkitan Covid-19 menular di Pelabuhan Perikanan Jurong, kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, pada Ahad (18 Julai). 



Ketika mengulas isu ini kepada akhbar The Straits Times di Pusat Agihan Makanan Segar Fairprice di Tagore Lane, Cik Fu menjelaskan Pelabuhan Perikanan Senoko telah digerakkan dengan pemborong utama diminta menambah pembelian mereka agar mereka dapat terus membekalkan makanan laut.



"Pasar raya utama kita juga telah menambah bekalan agar mereka dapat menggantikan bekalan di pasar basah. Kami juga mempunyai bekalan makanan laut dibekukan dan didinginkan, justeru kami tidak menjangkakan jualan terjejas atau kedai kami ketandusan makanan laut," jelasnya.



Jaminan ini datang selepas Pelabuhan Perikanan Jurong ditutup selama dua minggu hingga 31 Julai bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 dan membolehkan kerja pembersihan terperinci dijalankan.



Pelabuhan ini mengendalikan sekitar 30 peratus bahan import makanan laut negara ini termasuk yang datang menerusi darat dan udara, kata Agensi Makanan Singapura (SFA).



Akhbar The Straits Times telah menghubungi SFA tentang bagaimana ia menyokong pelabuhan Senoko - yang mempunyai 35 pedagang dan antara 700 dengan 1,000 pelanggan setiap hari bagi mempertingkatkan operasi. Kemudahan Jurong pula mempunyai lebih 100 pedagang dan menarik hingga 3,000 pelanggan setiap hari.



Pihak berkuasa mengumumkan tahun lalu bahawa Pelabuhan Perikanan Senoko akan ditutup menjelang 2023 memandangkan jumlah langganan sudah berkurangan sejak beberapa tahun ini.



Cik Fu berkata sebilangan penjual ikan di pasar basah telah melihat terjejasnya operasi mereka kerana mereka telah diminta menjalani ujian Covid-19 sebagai langkah berjaga-jaga.



Kementerian Kesihatan (MOH), pada Sabtu, berkata penjual ikan dari semua pasar akan diuji bagi Covid-19.



Seorang jurucakap Fairprice, sebagai menjawab soalan The Straits Times, berkata pihaknya dengan segera menghubungi pembekal bagi meneroka bekalan gantian dan mempertingkat kiriman bekalan yang ada kini, menyusuli berita pada Sabtu.



"Sumber tambahan dengan segera diusahakan bagi menerima makanan laut segar di samping mengurus tambahan permintaan dalam masa dua minggu mendatang," jelasnya.



Ikan yang dijual di pasar raya Fairprice diperolehi dari sumber tempatan dan diimport dari negara lain termasuk Malaysia, Indonesia dan Thailand.



Jurucakap itu juga menambah, pelanggan harus membeli apa yang diperlukan sahaja dengan makanan laut beku juga boleh diperolehi di pasar raya.



Perniagaan juga lancar bagi ladang ternakan ikan setempat.



Ketua Eksekutif Pusat Kecemerlangan Akuakultur, Encik Leow Ban Tat, yang memiliki ladang ternakan ikan terapung Eco-Ark, berkata, jualan dalam talian pihaknya bertambah seganda sejak Sabtu.



Pilihan ikan seperti kerapu dan kakap laut laris dijual.



Seperti Eco-Ark, Barramundi Group juga menikmati jualan menggalakkan sejak penutupan Pelabuhan Perikanan Jurong. Jualan Barramundi Group dikendalikan dalam talian dan menerusi pasar raya seperti Fairprice, Redmart dan Shopee.



Ketua Eksekutifnya, Encik Andreas von Scholten, berkata: "Ikan siakap kami yang diternak langsung dari lautan dan di perairan Singapura membolehkan warga Singapura merasakan terdapat semacam kemampuan diri dan keselamatan makanan dalam situasi seperti sekarang ini."



Beliau menambah model bersepadu ladang ikannya membolehkan kelenturan bagi mempertingkat penghasilan dan memenuhi permintaan yang lebih besar.



Ketua Eksekutif The Fish Farmer, Encik Malcolm Ong, pula berkata permintaan bertambah seganda sejak Pelabuhan Perikanan Jurong mengumumkan wujudnya kelompok Covid-19 di situ, Jumaat lalu.



Katanya: "Sejak itu, telefon saya tidak putus-putus berdering tanpa henti. Biasanya, kami menternak ikan apabila mereka telah dibesarkan selama 12 bulan. Namun dalam tempoh sekarang ini, kami menternaknya lebih awal pada usia 11 bulan agar kami dapat terus membekalkan ikan tempatan yang segar, selamat dan bermutu pada harga berpatutan. Kami biasanya merancang ternakan kami mengikut ramalan tetapi kini kami menambah ternakan kami."



Encik Ong menambah sesetengah permintaan datang dari pasar raya. Semua spesies ikan yang diternak di Singapura seperti kakap laut, ikan bawal emas dan ikan merah telah melihat tambahan permintaan hampir setara, tambahnya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >