Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERBAHASAN UCAPAN PRESIDEN HALIMAH YACOB

S'pura utamakan kepentingan negara dalam dasar ehwal luar

Apr 20, 2023 | 05:30 AM



SINGAPURA perlu melaksana dasar ehwal luar yang melindungi prinsip dan kepentingan negara, walaupun kadangkala ia bercanggah dengan kemahuan negara lain, kata Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pembangunan Negara), Cik Sim Ann dalam ucapannya pada Rabu, mengenai Ucapan Presiden.



Memberi contoh, Cik Sim Ann berkata walaupun terdapat banyak perbezaan serius yang muncul antara China dan Amerika Selatan, Singapura dapat terus mengekalkan hubungan dua hala yang kukuh dengan kedua-dua pihak.



Pendekatan ini, meskipun dilihat seolah-olah Singapura menyebelahi negara lain, secara hakikatnya, adalah hasil kerjasama dan hubungan baik dua hala antara Singapura dengan negara-negara tersebut, yang mengambil masa bertahun-tahun untuk dibina.



"Kami ingin berkawan dan mengekalkan perhubungan, tetapi yang paling penting, kami mesti mengekalkan kedudukan kami sebagai broker yang jujur.



"Konsep ini berpunca daripada peranan kami sebagai pelabuhan bebas, tetapi juga bagaimana Singapura berusaha mencipta nilai untuk orang lain dalam hal ehwal antarabangsa.



"Ini bermakna Singapura harus melakukan apa yang kita katakan, dan mengatakan apa yang kita lakukan; bukan sekadar beritahu orang lain apa yang mereka mahu dengar; dan tidak katakan perkara yang berbeza kepada pihak yang berbeza."



Beliau menambah, apa yang membentuk dasar luar ialah prinsip teras bahawa Singapura memerlukan persekitaran luaran yang aman dan selamat, dan undang-undang antarabangsa yang telus dan berkesan serta perintah global yang stabil.



Ia juga memerlukan sistem ekonomi pasaran yang cekap dan dikawal selia dengan baik dan global.



Singapura, sebagai sebuah negara kecil yang kekurangan sumber asli dan sangat bergantung kepada perdagangan bebas, bergantung kepada faktor-faktor ini untuk kelangsungan hidup, autonomi dan kemakmurannya, kata Cik Sim.



Beliau menambah bahawa jika terdapat sesuatu situasi di mana kuasa-kuasa besar melihat satu sama lain dengan syak, salah faham dan prasangka hanya akan menjadi mendalam, dan susunan antarabangsa pasti akan terjejas.



"Akan ada peluang besar yang terlepas untuk makmur bersama, dan untuk menangani masalah global. Tiada jumlah pengimbangan akan membantu dalam senario sebegitu," katanya.



Oleh itu, Singapura mahu melihat keadaan global bertambah baik dan akan berusaha ke arah ini, seperti usahanya dalam memperjuangkan sistem pelbagai hala berasaskan peraturan, dan memudahkan rundingan bersama membangunkan pasaran karbon untuk menyumbang kepada usaha global dalam mengehadkan pelepasan karbon.



"Pada masa ke semasa, kita perlu bersedia mengambil pendirian, dan berkata 'tidak' kepada kuasa besar, atas dasar kepentingan negara kita sendiri. Kami melakukannya dengan berhati-hati, selepas analisis teliti terhadap prinsip yang dipertaruhkan.



"Kami tidak takut untuk mengambil pendirian dan menyatakan pandangan kami, walaupun kami tidak bersetuju atau apa yang kami lakukan tidak menyenangkan orang lain," kata Cik Sim Ann.



Hanya apabila kita bersikap jujur, pandangan kita akan diambil serius, tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >