Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Staf jabatan sekolah perubatan NUS wujudkan biasiswa, jawatan profesor

NUS
Oct 09, 2022 | 05:30 AM



KAKITANGAN Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan (O&G) di Sekolah Perubatan Yong Loo Lin di Universiti Nasional Singapura (NUS) telah mengambil langkah untuk mempertingkat bidang mereka ke tahap lebih tinggi dengan mewujudkan dua biasiswa dan jawatan profesor dalam jabatan tersebut.



Inisiatif - dibiayai dana jabatan itu sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-100 tahun bulan ini - dilancarkan semalam semasa Sidang Sambutan 100 Tahun yang diadakan di Pusat Konvensyen Raffles City.



Sejumlah $1 juta diperuntukkan oleh Profesor Kuldip Singh, perunding kanan di jabatan itu, untuk menubuhkan Jawatan Profesor Pelawat di jabatan tersebut.



Ia akan menyokong profesor dari pelbagai kepakaran O&G untuk mencari rakan kongsi penyelidikan dengan kepakaran yang sama dan membimbing akademik yang mempunyai potensi untuk mempertingkat keupayaan penyelidikan di O&G.



Biasiswa boleh tingkat kerjasama dengan institusi dalam dan luar negara



Salah satu biasiswa yang dilancarkan, dipanggil Biasiswa Sabaratnam Arulkumaran, berjaya mengumpulkan $300,000 sejauh ini.



Jabatan tersebut berharap biasiswa itu boleh mencetus lebih banyak kerjasama dengan institusi lain di sini dan luar negara.



Ia akan membimbing klinisian akademik dan pakar sains muda yang sedang melakukan penyelidikan di jabatan itu.



Hasil kerja mereka akan akhirnya diubah menjadi amalan klinikal yang juga akan memanfaatkan masyarakat kurang bernasib baik serta warga negara membangun.



Ia diberi nama sempena Profesor Sabaratnam Arulkumaran, yang telah mengetuai jabatan NUS O&G dari 1995 hingga 1997.



Akhirnya, Dermasiswa 100 Tahun Perbidanan dan Sakit Puan akan memberikan bantuan kewangan kepada pelajar bidang perubatan yang menghadapi masalah kewangan.



Dibiayai menggunakan derma daripada 26 perunding dan perunding kanan jabatan itu, dermasiswa berjumlah $750,000 itu menunjukkan komitmen jabatan tersebut untuk terus mempertingkat mutu pengajaran dan latihan klinikal bagi sarjana muda jabatan itu.



Presiden Halimah Yacob, yang merupakan tetamu terhormat semasa sidang itu, dalam ucapannya, berkata:



"Jabatan O&G pada masa ini menumpukan pada usaha memahami asal usul penyakit, dan menemukan terapi baru yang merangkumi pelbagai kepakaran.



"Bidang penyelidikan ini meliputi kesihatan sebelum hamil dan semasa hamil, kesihatan kanak-kanak dan ibu selepas melahirkan, membasmi barah dan potensi penuaan yang sihat.



"Ini sama seperti usaha Singapura untuk memastikan warga Singapura menikmati kesihatan yang baik di setiap peringkat hidup.



"Dengan pengiktirafan bahawa perjalanan kesihatan bermula dalam rahim ibu, pendekatan perjalanan hidup dalam program penyelidikan jabatan ini akan membentuk pendekatan penjagaan kesihatan yang lebih disesuaikan bagi wanita, dan selanjutnya kepada anak-anak mereka."



Tambahnya: "Tumpuan penyelidikan jabatan ini mencerminkan strategi SG Lebih Sihat dalam menekankan campur tangan awal, menggalakkan gaya hidup yang sihat serta pencegahan penyakit."



Menyentuh peringkat awal jabatan tersebut - yang ditubuhkan pada 1922 - Puan Halimah berkata sebelum ini ia telah ditugaskan untuk mempertingkat penjagaan wanita hamil sementara menangani kadar kematian bayi dan ibu yang tinggi.



Pada 1941, jabatan tersebut diketuai presiden kedua Singapura, Profesor Benjamin Henry Sheares.



Beliau merupakan profesor O&G warga Singapura pertama yang dilantik di Kolej Diraja Obstetrik dan Ginekologi pada 1951.




"Tumpuan penyelidikan jabatan ini mencerminkan strategi SG Lebih Sihat dalam menekankan campur tangan awal, menggalakkan gaya hidup yang sihat serta pencegahan penyakit."
- Presiden Halimah Yacob.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >