Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Stesen Laluan RTS dan bangunan Kastam di Woodlands North 10 kali lebih besar daripada saiz stesen MRT biasa

Jan 22, 2021 | 08:44 PM



APABILA Laluan Sistem Transit Laju (RTS) mula beroperasi pada akhir 2026, penumpang yang melintasi sempadan ke Johor Bahru melalui laluan itu akan dapat menggunakan stesen terminal dan kompleks imigresen di Woodlands North sekitar 10 kali lebih besar daripada stesen MRT biasa.


Dibina di bawah tanah pada kedalaman maksimum 28 meter, stesen RTS Woodlands North itu akan mempunyai tiga tingkat, termasuk dua aras besmen dan jalan penghubung bawah tanah ke bangunan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), dan akan dihubungkan ke stesen Laluan Thomson-East Coast (TEL) melalui jalan bawah tanah, lapor The Straits Times. 


Penumpang akan mengambil masa sekitar lima minit untuk ke stesen Bukit Chagar di Johor Bahru, dan perkhidmatan kereta api itu boleh membawa hingga 10,000 penumpang sejam ke setiap arah.


Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mengumumkan butiran tentang Laluan RTS sepanjang 4 kilometer itu di satu upacara pecah tanah pada Jumaat (22 Jan) yang menandakan permulaan kerja pembinaan di tapak stesen terminal di Woodlands.


Singapura dan Malaysia telah mengadakan upacara bersama pada Julai tahun lalu untuk menandakan penyambungan laluan rentas sempadan itu setelah projek tersebut ditangguhkan atas permintaan Malaysia untuk mengkaji semula skop, struktur dan kosnya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >