Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Stesen RTS SG-JB 10 kali lebih besar dari stesen MRT biasa, memuat kompleks imigresen

Jan 23, 2021 | 05:30 AM



APABILA Laluan Sistem Transit Laju (RTS) mula beroperasi pada hujung 2026, penumpang yang merentas sempadan ke Johor Baru menerusi laluan itu akan disediakan stesen terminal dan kompleks imigresen di Woodlands North yang saiznya sekitar 10 kali lebih besar berbanding stesen MRT biasa.



Dibina bawah tanah pada kedalaman maksimum 28 meter, stesen RTS Woodlands North akan mempunyai tiga tingkat, termasuk dua tingkat besmen dan laluan penghubung bawah tanah ke bangunan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), dan akan dihubungkan ke stesen Laluan Thomson-East Coast (TEL) melalui dataran bawah tanah.



Terowong laluan rel itu akan dihubungkan kepada jejambat setinggi 25 meter merentangi Selat Johor.



Ia akan mengambil masa sekitar lima minit bagi penumpang sampai ke stesen Bukit Chagar di Johor Baru, dan khidmat rel itu boleh membawa sehingga 10,000 penumpang sejam bagi setiap hala.



Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mendedahkan butiran mengenai Laluan RTS sepanjang 4 kilometer itu semasa majlis pecah tanah semalam, yang menandakan permulaan kerja binaan di tapak stesen terminal di Woodlands itu.



Singapura dan Malaysia telah mengadakan satu majlis bersama pada Julai tahun lalu untuk menyambung semula projek laluan rentas sempadan itu selepas ia ditangguhkan atas permintaan Malaysia untuk menyemak semula skop, struktur dan kosnya.



Berucap di majlis itu semalam, Menteri Pengangkutan, Encik Ong Ye Kung, berkata penyambungan semula projek itu merupakan "detik penting dalam memperkukuh dan mempertingkat ketersambungan rakyat kita dan hubungan kedua-dua negara".



Beliau berkata Malaysia sudah pun memulakan projek itu di tapak yang akan menempatkan stesen Bukit Chagar di Johor Baru.



"Saya gembira melihat kedua-dua negara mengambil tindakan konkrit bagi projek ini dan saya yakin kita akan bekerja keras bersama untuk menyiapkan projek ini tepat pada waktunya, yang dijadualkan pada 2026.



"Apabila Laluan RTS beroperasi, kita akan mempunyai laluan penghubung darat tambahan antara Singapura dengan Malaysia," kata beliau.



Kerja binaan di Bukit Chagar bermula pada November lalu dan Malaysia telah memulakan pemeriksaan awam tiga bulan bagi projek Laluan RTS minggu lalu.



Menyifatkan projek itu sebagai pengubah keadaan dalam meredakan kesesakan di Koswe, Encik Ong berkata sementara laluan rel itu merupakan perkhidmatan pendek, manfaat ekonomi dan sosialnya besar.



Stesen-stesen Laluan RTS akan disepadukan dengan rangkaian pengangkutan setempat, kata beliau, dan di Woodlands, akan disediakan hab pengangkutan yang dihubungkan kepada stesen Laluan RTS dan TEL.



"Bersama, ketersambungan pengangkutan ini akan menyokong dan mempertingkat rancangan pembangunan lebih besar untuk mengubah Woodlands menjadi hab pertumbuhan utama dan pintu gerbang pekerjaan yang berkembang bagi Daerah Utara, seperti Jurong dan Tampines," tambah Encik Ong.



Perjalanan antara kedua-dua stesen Laluan RTS itu akan mengambil masa sekitar lima minit.



Kemudahan CIQ bagi kedua-dua Singapura dan Malaysia akan terletak di tempat yang sama di setiap stesen, yang bermakna penumpang perlu melalui imigresen sekali saja di tempat berlepas.



Diumumkan buat kali pertama pada 2010, projek laluan rel itu pada mulanya disasarkan siap menjelang 2018. Tarikh permulaan baru hujung 2024 dipersetujui pada 2017 dan kedua-dua negara menandatangani perjanjian pada 2018, dengan kerja binaan disasarkan bermula pada 2019.



Namun, projek itu tertangguh selepas kerajaan Pakatan Harapan meraih kuasa di Malaysia, dan ia ditunda selama enam bulan atas permintaan Malaysia untuk menyemak skop, struktur dan kos projek itu.



Tarikh akhir untuk menyetujui syarat baru dilanjutkan empat kali sebelum projek itu disambung semula pada Julai tahun lalu, sehari sebelum tarikh akhir yang terakhir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >