Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Strategi antidadah S'pura pastikan keadaan terkawal: Josephine Teo

Mar 20, 2022 | 05:30 AM



STRATEGI menyeluruh Singapura terhadap penyalahgunaan dadah telah berjaya dalam memastikan keadaan dadah di sini dalam kawalan, kata Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Cik Josephine Teo.



Bercakap dalam talian semasa sesi ke-65 Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah Narkotik (CND), Cik Teo berkata strategi Singapura berteraskan kerjasama masyarakat yang kukuh dan sokongan awam.



"Strategi kami bertujuan untuk mengurangkan kedua-dua bekalan dadah dan pemintaan menerusi langkah pencegahan bersifat 'upstream' atau di peringkat awal iaitu menerusi pendidikan, undang-undang dan penguatkuasaan yang ketat serta pemulihan yang berkesan," katanya.



Cik Teo yang juga Menteri Perhubungan dan Penerangan telah mengetuai delegasi Singapura semasa acara hibrid itu yang dijalankan di Vienna, Austria dari 14 hingga 18 Mac.



Kajian terkini yang dijalankan Biro Narkotik Pusat menunjukkan kebanyakan belia Singapura, atau sekitar 80 peratus, sedar tentang kesan buruk dadah dan menyokong pendirian kukuh pemerintah yang mengambil pendekatan toleransi sifar terhadap dadah, katanya.



Bilangan penyalahguna dadah yang ditangkap setiap tahun telah berkurangan sebanyak separuh, daripada lebih 6,000 pada 1990-an kepada sekitar 3,000 hari ini, tambahnya.



Kadar bilangan banduan bentan dua tahun dari pusat pemulihan dadah juga telah berkurangan dengan ketara daripada 67 peratus pada 1996 kepada 25 peratus bagi kohort 2019, ujarnya.



CND merupakan badan penggubal dasar utama PBB berkaitan isu dadah. Ia bertanggungjawab memantau keadaan dadah dunia, membangunkan strategi mengawal dadah berdasarkan bukti dan mengemukakan saranan bagi langkah untuk menangani masalah dadah sejagat.



Acara hibrid di Vienna itu menarik sekitar 1,400 peserta dari 128 negara.



Mereka membincangkan isu kawalan dadah yang kian berkembang selain pelaksanaan komitmen dasar dadah antarabangsa.



Dalam ucapannya, Cik Teo menggariskan strategi berbilang serampang bagi menangani masalah dadah di dalam negara.



Beliau turut menekankan bahawa masalah dadah sedunia kekal menjadi cabaran berterusan dan ini memerlukan pemerintah untuk mempertingkat usaha domestik dan antarabangsa.



Beliau turut berusaha mendapatkan sokongan anggota CND bagi bidaan republik untuk keanggotaan CND bagi penggal 2024 hingga 2027.



"Kami komited untuk menyumbang lebih banyak dalam membangunkan dasar yang berdasarkan bukti serta kawalan dadah global yang berkesan.



"Kami juga komited untuk menyokong usaha pembangunan keupayaan dan mengongsi dapatan kajian mengenai trend dadah," katanya.



Cik Teo pernah mengumumkan niat Singapura untuk mendapatkan keanggotaan semasa sesi CND pada April tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >