Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Strategi bagi kemampanan, perubahan iklim di S'pura dipersiap

Jun 07, 2022 | 05:30 AM



ANTARA pelbagai pilihan yang sedang dikaji untuk melindungi pantai Singapura termasuk mewujudkan 'Long Island' sepanjang Marina East ke Changi dengan menyepadukan langkah perlindungan pantai dengan penambakan masa depan yang dirancang.



Rancangan bagi pulau ini mungkin melibatkan kolam air, atau reservoir, untuk meningkatkan bekalan air Singapura dan melindungi pantainya daripada paras laut yang semakin meningkat.



Ia juga boleh dibangunkan untuk perumahan, dan disepadukan dengan taman pantai dan ruang riadah, umum Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) semasa pameran kajian semula rancangan jangka panjangnya semalam.



"Kami juga sedang merancang untuk penyelesaian perlindungan pantai dengan kegunaan pelbagai fungsi, sekali gus menjadikan tanah pantai kami ruang yang boleh didiami, boleh disesuaikan dan mampan," kata URA.



Selain itu, sedang negara ini menuju ke arah menjadi bandar rendah karbon, URA berkata ia akan meningkatkan penggunaan panel solar di bumbung dan muka bangunan serta takungan air.



"Kami akan terus meneroka pilihan bekalan tenaga alternatif seperti hidrogen rendah karbon, geoterma dan nuklear untuk menentukan kesesuaian mereka bagi Singapura dan jika sesuai, menyesuaikan infrastruktur kami untuk menyokongnya," kata penguasa tersebut.



Di samping itu, bahan-bahan kitar semula dan rendah karbon akan digunakan bagi pembangunan baru dan diubah semula untuk memastikan kemampanan dan mengurangkan kesan karbon kitaran hayat keseluruhan persekitaran terbina Singapura.



Untuk mempersiap dan melindungi negara ini daripada kesan perubahan iklim, URA berkata, ia akan meningkatkan daya tahan banjir Singapura dengan meluaskan infrastruktur longkang demi menampung hujan yang lebih lebat.



Ia juga sedang melihat sama ada sistem saliran dan takungan bawah tanah yang terdiri daripada gua dan terowong air ribut boleh digunapakai di sini.



Untuk memastikan terdapat lebih banyak ruang di atas tanah, pihak berkuasa itu juga sedang mengkaji untuk mewujudkan lebih banyak gua bawah tanah untuk menyimpan barangan atau bahan lain yang memerlukan kawasan tanah yang luas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >