Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Strategi 'buru diskaun' bantu keluarga kurangkan kos sara hidup

Jul 22, 2018 | 05:30 AM



SEPERTI ramai keluarga, Cik Siti Aishah Sharif dan Encik Mohammed Salleh Md Noor berusaha memikirkan berbagai cara untuk menangani kos sara hidup yang meningkat.



Ini terutama lagi dengan empat anak yang sedang membesar, dalam lingkungan usia 9 dengan 5 tahun.



Misalnya, pasangan itu cuba berbelanja dengan lebih cermat apabila membeli barang keperluan di rumah -- misalnya 'memburu' diskaun atau promosi di pasaraya.



Menceritakan lebih lanjut, Cik Siti Aishah, 37 tahun berkata:



"Semasa anak-anak masih kecil, susu tepung dan lampin menyumbang kepada sebahagian besar daripada perbelanjaan kami.



"Tetapi apabila mereka membesar dan tidak lagi menggunakan kededua ini, barang dapur kami tertumpu kepada bahan makanan utama seperti ayam, daging dan beras," ujarnya yang bertugas sebagai eksekutif program.



Beliau akuri bahawa kenaikan kos dan inflasi adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan dan harus dihadapi dengan bijak.



"Dulu kalau ke pasar dengan $50, saya boleh mendapatkan bahan makanan untuk sekurang-kurangnya tiga hari, tetapi pada hari ini, mungkin ia cukup untuk sehari atau setengah hari," terangnya.



Lantaran itu, pasangan suami isteri itu mengaturkan perbelanjaan dengan berhemat secara bulanan dan membuat penyesuaian bila-bila sahaja perlu.



Menurut Cik Siti Aisha, dua kos yang didapati meningkat tinggi adalah air dan elektrik. Beliau memerhatikan perbelanjaan bil air dan elektrik telah meningkat daripada sekitar $180 sebulan kepada $350 sebulan



"Kami telah memasang alat menjimat air dalam semua paip rumah kami yang hanya mengeluarkan air apabila diperlukan sahaja.



"Ini menolong kami menjimat air dan mengelak anak-anak daripada terlupa menutup paip dan mengalir terus.



"Bagi elektrik pula, kami sudah henti menggunakan alat yang tidak mesra elektrik atau menggunakan kadar elektrik tinggi - misalnya, memasak nasi yang cukup-cukup bagi waktu makan malam jadi kita tidak perlu menghidupkan periuk nasi elektrik sepanjang malam," terang beliau.



Sebagai ibu bapa, mereka juga prihatin terhadap keperluan anak mereka yang berubah apabila sedang membesar.



"Semakin mereka membesar, selera makan turut meningkat.



"Kami akan mencari promosi atau diskaun di pasaraya, lazimnya ada iklan promosi pada hari Khamis, jadi kami akan rebut peluang promosi dan dapat juga jimat.



"Dalam menyambut Hari Raya pula, kami selalunya membuat persiapan sekurang-kurangnya setengah tahun lebih awal sebab kami beli pakaian anak-anak pada jualan musim tidak sibuk.



"Misalnya, kedai dalam talian seperti Zalora akan menawarkan diskaun eksklusif," tambahnya.



Pada masa sama, keluarga itu lega kerana kos sara hidup lebih tinggi sedikit sebanyak dapat diredakan dengan adanya berbagai program rebat dan bantuan pemerintah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >