Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:13
Isyak
8:21

Studio mini bantu Andalus kekal relevan dengan pelajar

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Studio mini bantu Andalus kekal relevan dengan pelajar

Dec 17, 2021 | 05:30 AM

BAGI memastikan syarikat Andalus kekal relevan, pusat pendidikan agama swasta itu telah menubuhkan studio mini mereka sendiri.

Studio itu, yang ditempatkan di Darul Andalus, dilengkapi dengan pelbagai peralatan rakaman, termasuk kamera, mikrofon, televisyen serta panel audio dan komputer untuk memantau rakaman.

Dalam The BM Show minggu ini, kami meninjau bagaimana Andalus membuat rakaman di studio itu.

Menurut Pengarah Eksekutif, Divisyen Pendidikan Andalus, Ustaz Fathurrahman Dawoed, melalui rakaman bagi kandungan Andalus, mereka dapat mendekati pelajar bukan sahaja daripada dalam tetapi juga luar negara.

Ini juga merupakan antara yang ingin dicapai syarikat tersebut, sedang kaedah pembelajaran kini beralih ke dalam talian.

Bagi memudahkan dan menjadikan pembelajaran lebih interaktif, pelbagai kaedah dimanfaatkan.

Ini termasuk webinar, persidangan video, serta 'synchronous dan asynchronous learning' atau pembelajaran segerak dan tidak segerak.

Di samping itu, Andalus turut menggunakan Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) serta portal pelajar.

Nota bagi para pelajar juga diberikan dalam bentuk dokumen mudah alih (PDF).

Selain itu, Pengarah Eksekutif Darul Andalus, Ustazah Khaafizah Mohd Hanif, akan membawa penonton meneroka gudang Darul Andalus.

Di samping meninjau buku, Ustazah Khaafizah akan mengongsi antara yang boleh dijangkakan pelajar daripada bahan pendidikan dalam talian.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3