Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Suasana syahdu tapi meriah di pagi satu Syawal

May 03, 2022 | 12:03 PM



Takbir sudah bergema,

Syawal sudah tiba;

Selamat Hari Raya,

Ampun maaf dipinta



AMALAN maaf-bermaafan dalam kalangan jemaah yang berduyun-duyun ke masjid untuk menunaikan solat Aidilfitri kembali, selepas dua tahun terhenti.



Para jemaah yang hadir serba lengkap berpakaian Hari Raya - berbaju Melayu dan bersongket warna warni, jelas menghidupkan lagi suasana pagi satu Syawal.



Kelihatan warga senja, golongan dewasa dan kanak-kanak yang mengambil kesempatan untuk bersalaman, dan ada juga yang berdakapan antara satu sama lain sambil mengucapkan “Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.”



Laungan takbir yang dipimpin kakitangan masjid disambut jelas oleh para jemaah dengan penuh semangat. Gema takbir sedemikian yang sudah lama dinantikan para jemaah.



Begitulah suasana syahdu yang dapat dilihat di sekitar Masjid Al-Islah, seawal 6.30 pagi apabila para jemaah mula tiba untuk sesi pertama solat Hari Raya tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >