Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Subsidi lebih tinggi bagi pemegang kad Chas rawat penyakit kronik

Pesakit yang dapatkan rawatan di klinik GP perlu bayar harga ubatan yang hampir sama di poliklinik: Ye Kung
Mar 04, 2023 | 05:30 AM



MULAI awal 2024, pemegang kad Peringkat Kronik Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (Chas) yang menyertai klinik doktor keluarga umum (GP) di bawah program SG Yang Lebih Sihat dan mempunyai keperluan perubatan kronik yang tinggi, boleh menikmati subsidi sehingga 87.5 peratus bagi ubatan kronik tertentu.



Ini bermakna mereka yang mendapat rawatan di klinik GP itu akan membayar harga ubatan umum tertentu seperti untuk masalah kencing manis, hampir sama dengan di poliklinik.



Ini dengan pengenalan rangka kerja subsidi Peringkat Kronik SG yang Lebih Sihat, yang memberikan subsidi 50 peratus bagi pemegang kad Chas hijau; 75 peratus bagi pemegang kad Chas jingga dan biru; 81.25 peratus bagi pemegang kad Merdeka dan 87.5 peratus untuk pemegang kad Perintis.



Subsidi diberikan tanpa batasan dari segi nilai dolar. Pesakit boleh memilih untuk membayar bil perubatan di bawah peringkat subsidi baru ini atau peringkat subsidi Chas yang ada sekarang - yang mempunyai had nilai antara $80 dengan $360 setiap tahun.



Peringkat subsidi baru ini akan memanfaatkan pesakit kronik yang mempunyai keperluan perubatan lebih tinggi dan mempunyai bil tinggi, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, semasa Perbahasan Belanjawan di Parlimen pada Jumaat.



Encik Ong berkata buat masa ini, Chas sudah menyediakan subsidi yang signifikan bagi pesakit yang mempunyai keperluan perubatan kronik lebih rendah, dengan tidak perlu membayar apa-apa atau sedikit sahaja.



"Bagaimanapun bagi pesakit yang mempunyai penyakit kronik lebih rumit dan memerlukan lebih banyak ubat, faedah Chas sekarang tidak mencukupi.



"Pesakit ini mungkin harus ke poliklinik untuk mendapatkan ubatan yang bersubsidi," ujar beliau.



Justeru, di bawah program SG Yang Lebih Sihat, mereka mempunyai pilihan untuk mendapatkan bekalan ubat kronik poliklinik di klinik GP SG Yang Lebih Sihat, pada harga yang sama dengan poliklinik.



"Saya harus tekankan yang peringkat ini adalah satu pilihan untuk para pesakit ini.



"Kami tahu ada segelintir pesakit daripada golongan ini yang sudah biasa dan lebih memilih jenama ubatan tertentu, yang mereka dapatkan dari klinik GP mereka walaupun ia tidak bersubsidi," terang Encik Ong.



"Kami akan menawarkan ubat alternatif bersubsidi dan lebih murah yang digunakan oleh poliklinik menerusi GP. Tetapi mereka tidak semestinya menukar ubatan."



Penduduk berusia 40 tahun ke atas yang berpenyakit kronik sudah diundang untuk menyertai Program SG Yang Lebih Sihat, yang bakal dilancarkan pada Julai.



Sejauh ini sekitar 800 daripada 1,200 klinik GP yang sudah menyertai skim Chas, iaitu syarat untuk menjadi sebahagian daripada Program SG Yang Lebih Sihat.



Menurut Encik Ong, mereka yang menyertai program itu dan selesai menjalankan konsultasi kesihatan pertama akan meraih 3,000 mata di aplikasi Healthy 365 yang bernilai $20 serta boleh ditukar untuk baucar seperti NTUC FairPrice.



Satu lagi manfaat program itu ialah pesakit kini boleh membayar bil mereka dengan menggunakan MediSave sepenuhnya sehingga had jumlah dikenakan, mulai awal 2024, tambah Encik Ong.




ANTARA INISIATIF MOH



■ Program SG Yang Lebih Sihat



- Mereka yang sertai program boleh lakukan konsultasi kesihatan percuma pertama



- Selesainya konsultasi, boleh terima 3,000 mata di aplikasi Healthy 365 yang bernilai $20; boleh ditukar ke baucar



- Pemeriksaan dan vaksinasi nasional bersubsidi sepenuhnya



■ Rangka kerja subsidi Peringkat Kronik SG yang Lebih Sihat baru



- Pemegang kad Chas yang sertai klinik di bawah Program SG Yang Lebih Sihat nikmati subsidi bagi ubat kronik umum tertentu



- 50 peratus bagi pemegang kad Chas hijau; 75 peratus bagi pemegang kad Chas jingga dan biru; 81.25 peratus bagi pemegang kad Merdeka dan 87.5 peratus untuk pemegang kad Perintis



- Subsidi diberikan tanpa batasan dari segi nilai dolar



■ Program kesihatan holistik untuk keluarga & kanak-kanak berisiko



■ Peringkat 2 Bahan-Bahan Rujukan Kencing Manis Nasional diterbitkan pada April 2023



■ Bantu ibu bapa kawal penggunaan skrin anak di bawah usia 12 tahun



■ Tetapkan piawaian latihan dan kecekapan bagi karyawan kesihatan mental




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >