Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Subsidi makanan terus diberi kepada pelajar berkeperluan dalam tempoh HBL: Maliki

May 20, 2021 | 09:53 PM



PELAJAR di bawah Skim Bantuan Kewangan (FAS), Kementerian Pendidikan (MOE), akan terus diberikan subsidi makanan sewaktu tempoh Pembelajaran Di Rumah (HBL) yang bermula pada Rabu (19 Mei).



Memberi jaminan demikian menerusi lampiran pos Facebook, Menteri Kedua Pendidikan, Dr Maliki Osman, menyatakan langkah itu akan memastikan pelajar akan terus menerima sokongan kewangan bagi makanan walaupun mereka tidak berada di sekolah. Ia juga usaha membantu keluarga mengurangkan bebanan perbelanjaan sewaktu tempoh mencabar ini.



Pelajar sekolah rendah di bawah FAS akan menerima subsidi makanan $20 seorang manakala pelajar sekolah menengah pula menerima $40 seorang menerusi tokokan Kad Bijak Sekolah, yang boleh diperolehi mulai tengah hari Jumaat (21 Mei).



Peruntukan ini juga diperluas buat pelajar yang layak di sekolah pemerintah dan bantuan pemerintah, sekolah khusus, sekolah Pendidikan Khas dan pelajar yang menerima subdidi yuran penuh di bawah skim Dermasiswa Sekolah Bebas MOE, jelas Dr Maliki.



Menurutnya lagi, lebih 47,000 pelajar dijangka akan meraih manfaat daripada tokokan ini.



"Sekolah akan terus menyediakan sokongan dalam bentuk lain kepada pelajar dengan keperluan kewangan seperti pinjaman alat teknologi maklumat (IT) dan Internet bagi pembelajaran di rumah.



"Beberapa pelajar mungkin mengalami isu dengan Ruang Pembelajaran Pelajar semalam (Rabu, 19 Mei). Yakinlah pasukan MOE telah menghurai perkara ini dan akan terus memberi yang terbaik bagi menyediakan pengalaman pembelajaran yang lancar," tulis Dr Maliki.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >