Sudah bersara namun cinta S. Sahlan pada lakonan masih membara
Pelakon veteran berhasrat ingin melihat sebuah bengkel lakonan dibentuk bagi membimbing golongan muda mengetahui gaya lakonan yang berbeza bagi berlainan media
Apr 21, 2019 | 05:30 AM
PADA usia mencecah 77 tahun kini, pelakon veteran popular, S. Sahlan, atau nama sebenarnya, Sahlan Sudiran, meluangkan kebanyakan masa bersantai di rumah.
Memiliki rumah di Singapura dan Ampang, Selangor, Malaysia, S. Sahlan kerap berulang-alik ke kededua negara.