ATAS berkat bulan Ramadan yang mulia, Encik Zailani Mohamed Idris dan keluarganya kini dapat menyambut kedatangan Syawal dengan penuh rasa kesyukuran dan kelegaan.
Apakan tidak, hanya dua minggu lalu beliau mendapati kereta jenis Toyota Estima yang baru dibelinya bernilai $147,000 lesap dek dicuri penjenayah di seberang Tambak ketika beliau dan keluarga pergi membeli-belah bagi kelengkapan Hari Raya di Plaza Angsana pada 4 Jun lalu.